Manhaj Salaf Is My Way

Saturday, 30 October 2021

Thursday, 23 September 2021

23 September 2021

 


Hidayah, jangan terlalu mengejar apa yang bukan milik kita.. 

Hargai apa yang depan mata yang Allah dah rezekikan..

Syukur ada mini Business,
Syukur masih ada ibu ayah,
Syukur ada adik-beradik,
Syukur ada sahabat yang mengingatkan kebaikan,
Syukur ada kenalan-kenalan yang ikhlas menjadi teman,
Syukur dapat intern as finance department,
Syukur masih ada rezeki nak dalami ilmu salaf, 
Syukur masih ada peluang tambah amalan, 
Syukur masih boleh tambah ilmu,
Syukur masih ada perjalanan kehidupan untuk aku perbaiki,

 Teruntuk diri aku,

Jadilah peribadi yang lebih baik yang Allah suka
Jadilah peribadi yang santun dan berwibawa
Jadilah diri sendiri yang penuh kelembutan dan hemah
Jadilah peribadi yang teguh berpegang pada agama

Terkadang banyak aku nak coretkan
Bagai sebuah diari yang membentang pelbagai coretan pahit manis

Namun, tak semua perkara kita boleh cerita,
Ada masa, biarlah apa-apa sahaja menjadi rahsia

Aku coretkan sesuatu disini untuk aku kenang
Dan menjadi sebuah medan muhasabah untuk aku meluah

Rindu rasanya nak menulis, berpuitis dan mencoret

Biar ini sekadar menjadi catatan mini tentang aku :)

Wednesday, 22 September 2021

Create Myself

 


Dalam fasa usia 20-an sekarang ni, aku berusaha untuk 'mencipta' diri sendiri

Menjadi peribadi yang terbaik yang aku boleh usaha

Menjadi diri sendiri yang penuh dengan pencapaian-pencapaian yang selama ni aku impi

Bukan hanya pencapaian dunia yang aku mahu, pastinya tujuan akhirat itu yang utama

Banyak target dan goal yang sedang dalam proses nak capai

Biarlah ia berkait dengan hal dunia pun

Dunia kan alat untuk menuju akhirat

Tak salah ada dunia tapi jangan leka dan taksub duhai aku

Sepanjang perjalanan hidup aku, rupanya masih banyak perkara yang belum capai

Segalanya bergerak 'perlahan'

Tapi aku percaya, walaupun sikit pergerakan aku melangkah, usaha aku takkan pernah sia-sia

Wednesday, 8 September 2021

Terima Kasih


Teruntuk sesiapa sahaja yang pernah hadir dan pergi dari hidup ini,

Terima kasih untuk sebuah pertemuan yang indah.

Mengajarkan seribu bahagia dan luka yang sekejap cuma.

Pernah meniti sebuah kisah yang kita cuba cipta bersama.

Ternyata tak semua pertemuan itu menyatukan.

Bahkan banyak pengajaran dan teladan yang diperoleh.

Banyak coretan dan kenangan yang sempat ternukilkan

Semoga apa sahaja yang datang dan pergi sentiasa terbaik untuk aku.

Sunday, 5 September 2021

A New Journey

 


NEW JOURNEY

NEW LIFE

NEW ME

.......................................................................

BISMILLAH