"assalamualaikum, awak!" :)
saya suka tengok perempuan yang bertudung labuh, apatah lagi berniqab, cantik sangat, dan pastinya kecantikan dia terpelihara. subhanallah.
saya agak pelik bila ada perempuan berpendapat,
"ala, tudung labuh. bajet alim macam ustazah"
eh, kenapa pula? bertudung labuh kan syariat agama? salah ke semua perempuan memakainya? tak semestinya ustazah je boleh bertudung labuh. semua perempuan pun boleh la. nak taknak tu je.
"tak trend la. tudung labuh, melebar. takde gaya"
hello, ini trend masa zaman Rasulullah tau. sekurangnya, kami para perempuan terhindar daripada fitnah. lagipun, Allah sendiri menyuruh kita melabuhkan tudung kan?
"buat apa nak pakai tudung kalau tak ikhlas"
ikhlas tu sebenarnya datang dari hati kita sendiri, kita yang kena ikhlaskan diri. kalau hati kita keras, memang la susah nak terima perkara yang baik, nak lembutkan hati, banyak kan la berzikir, selawat, baca Al-Quran & dekatkan diri kita kepada Allah. insya-Allah. kalau niat kita baik Allah akan tolong kita. pakai tudung kan Allah yang suruh. kenapa nak persoalkan perintah Allah?
"saya belum bersedia la, nanti apa pula kawan2 saya cakap. tiba2 pakai tudung labuh"
kenapa ada rasa belum bersedia nak behijrah? takpe, kalau rasa nak berhijrah, teruskan. jangan takut dengan apa yang orang cakap, jadiakan ia sebagai cabaran dalam hidup. kita boleh mulakan step by step, lagipun kita sendiri yang nak tentukan perjalanan hidup, kenapa mesti ikut kawan? kita berubah kerana Allah kan? kenapa nak puaskan hati manusia? sedangkan kita mahukan yang terbaik buat diri kita sendiri.
"siapa nak bimbing saya?"
jangan rungsingkan fikiran. beli bahan bacaan ilmiah yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. pergi ke majlis2 ilmu, mendekati orang2 alim & banyak lagi perkara positif yang boleh kita buat, kan?
all the best girls
ukhibbuki lillahi taala
all the best girls
ukhibbuki lillahi taala