wahai si kecil
saya ingin kongsikan sedikit coretan disini,
suatu hari,
saya telah pergi ke rumah sepupu saya kerana ada jamuan makan,
sepupu saya sudah berkahwin & mempunyai 4 orang anak,
dia berasal dari sebuah keluarga yang baik agamanya,
subhanallah,
saya masih ingat saat itu,
ketika semua orang sedang bersiap untuk menunaikan solat maghrib,
si kecil (anak sepupu saya) berkata,
"tak sembahyang ke?"
saya hanya mampu tersenyum, maklumlah, perempuan kan 'istimewa',
sungguh,
tak sangka si kecil akan menambah bicaranya,
"pergi la sembahyang, sekejap je, kalau tak buat nanti Allah marah"
Ya Rabbi,
sungguh si kecil sangat suci tanpa dosa,
tetapi dia serba tahu mengenai dosa & pahala,
Ya Rabbi,
semoga si kecil membesar menjadi wanita solehah,
semoga si kecil kuat dengan dugaan & cabaran dunia di masa kini
ingin mendidik anak perlu di tarbiah sejak kecil,
sama2 muhasabah.
No comments:
Post a Comment