Manhaj Salaf Is My Way

Wednesday, 23 December 2015

Yakin untuk terus bangkit!

Tiba-tiba ada rasa mood nak menulis hari ni.

Sedar tak sedar...

Tahun 2015 hampir melabuhkan tirai.

Berdebarnya menantikan 2016.

Moga segalanya bermula dengan BAIK dan berakhir dengan BAIK juga...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setahun telah berlalu,

Banyak benda baru yang aku belajar.

Banyak suka duka yang aku tempuh.

Apapun, terima kasih kepada sahabat yang sentiasa disisi.

Terima kasih kerana sentiasa menerima diri ini.

Terima kasih atas segala teguran. Terima kasih atas segala nasihat dan kekuatan.

Terima kasih kepada PEMBERI kerana menghadirkan sahabat yang baik.

Syukur...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini aku nak cakap fasal hidup.

Banyak perkara kita kena belajar dalam hidup.

Belajar dan terus belajar.

Everyday is upgrading day, right?

Cukuplah hidup dalam keadaan selesa.

Cukuplah memanjakan diri. Cukuplah bergembira...

Tinggalkan segala kesenangan. Tinggalkan segala sisa tawa.

Sedarlah duhai diri, apa yang aku dah buat sepanjang hidup ini?

Adakah segalanya bermanfaat? Atau hanya sekadar sia-sia dan tidak berguna kepada umat?

Bangkitlah duhai Syabab!!

Cukuplah menjadi lemah. Cukuplah berharap daripada orang lain.

Tunjukkan keberanian kau!

Buktikan kebolehan kau!

Pernah tak kau terfirkir?

"Kenapa orang lain boleh? Kenapa orang lain mampu? Sedangkan kita hidup di bumi yang sama. Hirup udara yang sama..."

Kenapa?

Cuba check balik tahap mana usaha kau untuk kau capai apa yang kau nak berbanding orang lain?

Cuba bandingkan kekuatan orang lain dengan diri kau?

Kenapa kau masih tak mampu?

The most thing you should know is, believe on yourself!!

Bila kau yakin dengan diri sendiri. Kekuatan dari keyakinan itu akan datang.

Jangan biarkan perasaan LEMAH menghantui diri.

Kau kuat! Kau boleh!

Berikan kata-kata positif kepada diri sendiri supaya kau lebih BANGKIT dari segala kesakitan.

Kau tahu kenapa kau diuji?

Sebab kau mampu,...

Sebab kau kuat....

Tapi keyakinan diri yang rendah menyebabkan kau jatuh...

Bangkitlah Syabab!

Umat sedang tenat. Umat perlukan kau sebagai penasihat!

Yakin!!

Allah ada. Malaikat jaga.

Moga Allah sayang... :)

Sekadar coretan daripada : Nur Hidayah Hasanuddin

Friday, 18 December 2015

English Forum


Assalamualaikum and Hye!

Forum... what is forum?

Anything interest in forum?

Hurm... 

Generally, 

Forum is a discussion about a topic between two or three panels.

And there will have one panel to conduct the forum show.

And...

I LOVE FORUM VERY MUCH :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Since form four,

I have been join the competition of KAMIL Forum at school...

On the first time, it was too hard and I'm scared to talk in front of many students and teacher.

But, since the competition. I know my talent. I know my advantage.

Truly, I'm fall in love to this forum. Hahha...

I'm hope to join this forum competition again :)

And, for English Proficiency subject I have done my English Forum.

For the first time. I'm join the Forum in English language.

Hahha... It was so funny...

There are a lots of mistake on my language and problem on my hand.

Hahha... Please stop trembling, my lucky hand.

Hurmmm... Oh... I forget to say that...

The best part in the forum, when the lecture says that....

I got 19 marks for this presentation!!!!! Alhamdulillah...

This is a good mark ever I have got.

Because, before this I'm always got a low mark in English presentation.

Yup, I see my potential. I know I can do it...

There are many things that I should learn and improve...

For the example, improve the English language. Hahha...

Oh, my English. Oh, my broken English...

Sorry for the mistake and wrong grammar. Sorry for the broken English.

I'm still improving my English language :)

You know what?

"Everyday is upgrading day."

May Allah easy everything :)



This photo is about : "Belajar dari SEJARAH kesilapan yang lalu untuk diperbaiki dimasa akan datang." Hihhi...


Monday, 26 October 2015

Hidayah Allah

Hidayah perlu dicari bukan dinanti...

-----

Teringat saya akan kata-kata daripada seorang ustaz,

"Agama ini sangat mahal harganya nak sampai kepada kita..." 
"Bersyukurlah kita dapat rasa nikmat hidup dalam iman dan Islam..."

-----

Ya... Agama Allah sangat mahal.
Hidayah Allah perlu dicari.

Sebak apabila melihatkan manusia yang leka dengan dunia. Bukan orang lain... Bahkan diri sendiri kadang terleka dan alpa. Walaupun tak sengaja.

Ingatkan saya bila saya lupa...
Maafkan saya doakan saya...

Moga Allah sayang
Moga Allah bantu
Moga Allah jaga

Hari ini...

hari ini
aku buka mataku
syukur kepada sang pemberi mata
masih diberi nikmat kehidupan
di dunia yang penuh pancaroba
untuk meneruskan langkahku
sebagai seorang khalifah
sebagai hamba-Nya

hari ini
aku buka mataku
dapat ku lihat akan keuzuran dunia
pilu hati ini namun apakan dayaku
dunia hari ini amat menyedihkan
dengan dosa dan noda
yang bertaburan
tidak terhitung

hari ini
masih mampu ku buka mata
masih ada cahaya ku lihat
masih berpeluang untukku bertaubat
berbanding dengan insan lain
yang mungkin sudah terlambat
Allah, aku sangat bersyukur

hari ini
aku buka mataku
sebak dadaku melihat
akan insan-insan yang kelaparan
insan yang hidup dalam kedaifan
insan yang sendirian
insan yang kesusahan
mengharungi rintangan hidup
penuh ketabahan
penuh kekuatan

di mana mereka tinggal?
bagaimana dengan masa depan mereka?
syukur aku masih senang
dengan nikmat dunia yang dipinjamkan-Nya
biarpun sementara

hari ini
ramai manusia yang leka dengan duniawi
bukankah kehidupan ukhrawi yang kekal abadi?
tetapi diri ini sibuk dengan kebendaan
harta dan pangkat menjadi ukuran
kedudukan dan taraf direbutkan

hari ini
luhurnya cinta dan harga diri manusia
mudah dan murah dijual beli
dimanakah letaknya cinta mereka buat sang pencipta?
yang merupakan pemilik dan pencipta cinta
kemana hilangnya rasa malu?
yang seharusnya menjadi pelindung dan perisai dirimu

esoknya
mata ini masih mampu dibuka
telah diizinkan-Nya
supaya hamba-hamba yang lemah ini
untuk saling membantu
saling mengingatkan
daripada kelekaan
daripada kelalaian

dan hari-hari seterusnya
masih mampu ku celikkan mata
juga mata hati yang sekian lama terpejam
untuk menyedarkan diri dan sekalian insani
akan hakikat kehidupan didunia

Allah...
kami takut
mata kami tak mampu dibuka lagi
sehingga terbitnya matahari dari arah bertentangan
taubat tak diterima
hanya penyesalan yang tersisa

Allah...
kalaupun mata kami kian tertutup untuk selamanya
moga ia berkesempatan tercelik
untuk kami mulakan langkah baru
agar hari esok tampak cerah
untuk kami dan mereka

-----

ditulis pada 06/12/2013
catatan hijrah daripada Nur Hidayah Hasanuddin

Sunday, 18 October 2015

Ceriteraku I

Suasana Baru

Masuk ke universiti merupakan sebuah lakaran baru buat diriku
Aku akan melangkah ke dunia luar yang lebih mencabar
Dunia luar yang lebih banyak liku kehidupan
Coretan dan lembaran baru harus aku buka
Buat mencatat kenangan yang bakal terpatri disini

-----

Didalam kelas…
Aku dikenali sebagai seorang gadis bertudung labuh litup yang pendiam
Untuk mendengar suaraku seperti agak mustahil
Kerana aku sememangnya hanya mendiamkan diri. 
Dan terus diam…
Di sini tiada siapa yang aku kenal :'(
Aku takut…
Mereka semua seperti tak mahu berkawan dengan aku
Aku pun tak tahu kenapa
Aku pernah terfikir...
Adakah kerana aku lain daripada yang lain?
Menyebabkan aku dipinggirkan dan bersendirian?
Tapi...
Sebenarnya aku yang nampak tak FRIENDLY
Aku yang suka buat hal sendiri

-----

Nampak macam budak sombong je...
Siapa kenal aku tahulah aku macam mana. Hehhe...
Cewahh...

-----

Sebenarnya… 
Aku mengalami kejutan budaya yang amat dahsyat!!
Daripada susana sekolah yang serba TERJAGA 
kepada suasana universiti yang kita sendiri-sendiri pandai kena JAGA
Hurmm… comel pulak ayat tu. Hehhe…

-----

Aku masih ingat...
Program orentasi yang berjalan hampir seminggu di dewan SITC
Tiada satu pun kawan-kawan fakulti yang aku kenal
Kecuali enam orang kawan yang ambil aliran yang sama
Tiga daripada mereka adalah Muslim.
Dan tiga orang lagi Non-Muslim
Mereka semua baik. Walaupun kami tak rapat…
Kemana mereka pergi aku akan ikut. 
Sebab aku takde kawan. Hihhi…
Namun begitu, kami tak selalu seiring bersama.
 Adakalanya aku sendiri juga...
Adakah aku tak menegur sesiapa semasa orentasi?
Yup. Sebab aku malu. Hehhe…
Hurmmm…
Sejak bila aku jadi pemalu macam katak bawah besen ni?
Dan, sejak bila guna ayat skema ni? Kohkoh...

-----

Maka, bermulalah sebuah kehidupan baru buatku

Aku belajar erti kehidupan sebenar
Aku belajar erti persahabatan sebenar
Aku belajar mengurus dan mendisiplinkan diri
Aku belajar segalanya

..........

Moga Allah jaga
Moga Allah sayang



Hadiah daripada kekasih hati, Nurul Hanani.

Tuesday, 22 September 2015

Buatmu 'Cik Kesayanganku'


"Moga Allah pertemukan kita di syurga..."

"Kalau awak tak jumpa saya dalam syurga nanti, awak tariklah saya masuk syurga sama"

"Tolong ingatkan saya dengan Allah bila saya leka"

.....

Hanya Allah yang memahami betapa indahnya ucapan tersebut apabila diucapkan oleh sahabat kita

.....

Syukur, Allah pertemukanku dengan sahabat dunia akhirat
Yang menerimaku seadanya
Yang sanggup berkongsi suka duka bersama
Yang mendampingiku dan mengasihiku
Ikhlas bersahabat kerana Allah
Selalu dambakan syuga dan redha-Nya

.....

Coretan ini khas buatmu, 'Cik Kesayanganku'

Duhai Cik Kesayanganku,
Hanya Allah yang mengetahui
Peritnya hati ini menahan rindu
Pilu hatiku tatkala teringatkanmu
Damai hati ini apabila mengenangkan
Redup wajahmu

Duhai Cik Kesayanganku
Ungkapan sayang sahaja tidak cukup
Untuk aku buktikan cinta dan kasihku kepadamu
Huluran hadiah dan coretan cinta
Tidak sepenuhnya mengambarkan
Bukti kasih dan sayangku buatmu

Duhai Cik Kesayanganku
Untaian doa aku kirimkan buatmu
Moga Allah sentiasa jagakan dirimu buatku
Moga Allah sentiasa pelihara dirimu
Dari segala bala dan dosa

Duhai Cik Kesayanganku
Tiada apa yang mampu aku ungkap
Tiada apa yang mampu aku beri
Tiada apa yang mampu aku lakarkan
Untuk membalas pengorbanan dan kebaikanmu
Sahabat dunia akhiratku

Duhai Cik Kesayanganku
Kasih dan kecintaanmu
Tidak mampu diukur
Tidak mampu aku persembahkan kembali
Hanya Allah yang mampu
Membalas kembali kebaikamu

Keikhlasan persahabatanmu
Ketulusan hatimu
Kedamaian jiwamu 
Keindahan akhlakmu

Dipersembahkan indah
Dari dirimu cik kesayanganku
Syukur Allah pertemukanku denganmu
Tidak mampu lagi aku cari
Sahabat sepertimu

Duhai Cik Kesayanganku
Berjanjilah denganku
Kita akan bersahabat selamanya
Di dunia dan di syurga kelak

Kita akan sentiasa bersama
Untuk saling mengasihi
Saling memperbaiki diri
Saling melengkapi
Saling menghargai

Sentiasa ikhlaskan hati
Bersahabat kerana-Nya
Bertemu dan berpisah kerana Allah

Coretan cinta, kasih dan sayang buatmu...
'Cik Kesayanganku'

Yang ikhlas,




Saturday, 5 September 2015

Ukhuwah fillah


Ukhuwah fillah be like...

"Saya taknak dekatkan awak dengan jalan-jalan zina."

"Awak, tolong ingatkan saya dengan Allah ye..."

"Saya sayang awak kerana Allah"

..........

Manisnya ukhuwah kerana Allah

Ukhuwah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah

"Eh, dalam bersahabat pun kena rujuk al-Quran dan as-Sunnah ke?"

Islam itukan bersifat SYUMUL

Sempurna, meyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita

Kita kena faham betul-betul

Kita jalinkan persahabatan kerana Allah

Kita inginkan persahabatan yang diredhai Allah

Maka, kita ikut aturan Allah

..........

Aturan yang bagaimana?

1. Bergurau,
Tak salah kita nak bergurau dengan sahabat kita. Bahkan menjadikan ikatan silaturrahim kita bertambah erat.  Cuma kena tahu bahawa dalam bergurau pun ada batasan juga iaitu tidak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham dan sakit hati kepada sahabat kita. 

"Asyik kita je nak jaga hati dia, hati kita dia taknak jaga pun."

Eh, sabar dulu... Jangan cakap macam tu.
Maksudnya, kita cakap la yang baik-baik dengan kawan kita masa bergurau.
Supaya tidak timbul salah faham.
Sebab kekadang kita TERgurau kasar.
Takut hatinya terluka.

Kalau kita nak orang jaga hati kita, kita jaga hati mereka dulu.
Dan jangan lupa doa dan jaga hubungan Allah juga.
Sebab Allah yang menggerakkan hati-hati manusia.
Kita hanya berusaha


2. Saling mendoakan,
Doa daripada seorang sahabat itu sangat hebat! 

Apabila kita doakan sahabat kita, malaikat akan aamiinkan sekali untuk kita dan sahabat kita.

Doakan kebaikan buat sahabat, doakan kesihatannya, doakan kejayaannya...
Sama-sama saling mendoakan,
Allah pun makin sayang, ukhuwah pun makin erat.

Sebelum berpisah pun boleh mendoakan,

"Hati-hati awak, moga Allah sayang. Moga Allah jaga."

Sweet, kan?


3. Saling berkongsi,
Dalam bersahabat sagalanya sering dikongsi bersama.

Suka duka bersama, susah senang bersama, kenangan pahit manis bersama.
Segalanya nak bersama sahabat.

Tapi kena ingat, apa-apa pun masalah yang kita ada, kegembiraan yang kita rasa, ataupun kesedihan yang melanda... Cari ALLAH dulu.

Allah yang datangkan masalah, Allah jugalah yang datangkan penyelesaian masalah itu.

Banyak-banyakkan berdoa,
Doakan merupakan senjata orang Islam.

Ini contoh doa yang boleh kita amalkan,




4. Senyum, Salam, Sapa (3S)
Apabila berjumpa dengan sahabat, perkara pertama yang kita lakukan kebiasaannya adalah, MENYAPA,

"Hai, apa khabar?"
"Hai, awak sihat hari ni?"

Dan lain-lain...

Cuba kita lazimkan diri memberi salam, "Assalamualaikum..."

Disini, kita dapat lihat bahawa kita bukan sahaja menyapa sahabat kita tetapi kita juga mendoakan mereka.

Mudah, bukan? Berpahala dan bersyariat.

Abdullah Ibn Umar menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab, engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya Islam... 


5. Niat
Niatkan dalam hati kita bahawa kita bersahabat kerana Allah semata-mata.

Jangan niat sebab nak kan populariti apabila bersama dia,
Jangan niat bersahabat sebab dia pandai dan kita nak tumpang nama dengan dia
Dan lain-lain sebab.

Kenapa ye? Kalaulah niat kita iaitu tujuan dan matlamat kita kerana mahukan sesuatu, maka kita akan dapat seperti apa yang kita niatkan itu...

"Sesungguhnya, suatu amalan itu bermula dengan niat..."

Kalau niat kita kerana Allah, InShaaAllah kita akan DAPAT dan FAHAM erti UKHUWAH FILLAH.

Kalau kita bersahabat dengan niat selain Allah atau dengan sebab-sebab tertentu yang bersifat sementara seperti kecantikan dan kepandaiannya.

Maka, hanya itu sahaja yang kita akan dapat

Dan...

Sekiranya sebab-sebab yang sementara ini hilang daripada diri sahabat kita, kita akan mula menjauhi dia kerana yang kita mahukan dari dirinya adalah SIFAT dan SIKAPnya. Kita tidak serius bersahabat dengannya kerana Allah. Tak mahu bersahabat hingga syurga.

Tapi...

Jika redha Allah yang kita mahu. Syurga Allah yang kita nak tuju.
InShaaAllah, itu yang kita dapat.

Kita akan rasanya manisnya ukhuwah semanis coklat.
Kita akan rasa berkatnya ukhuwah kerana Allah.


6. Berusaha menjadi sahabat terbaik
Allah telah aturkan dan hantarkan kita seorang sahabat yang terbaik buat kita.

Sahabat untuk disayangi, dilengkapi, dihargai, dibimbing, diraikan
Dan lain-lain...

Pentingnya menjadi seorang sahabat terbaik buat sahabat kita.
Tak perlu menjadi sempurna, cukuplah sama-sama menjaga.
Tak perlu berpura-pura, cukuplah sama-sama  menjadi diri sendiri dan melengkapi.

Kita jaga iman dia, dia jaga iman kita.
Kita jaga ikhtilat dia, dia jaga ikhtilat kita.
Sama-sama menjaga agama.

Pentingnya dalam diri bersahabat untuk bersifat :

Toleransi - Penyabar - Menyayangi - Menghargai - Baik hati - Meraikan - Memahami - Memaafkan - Berada disisi - Berbaik sangka - Jujur - Ikhlas - Amanah - Positif - Ceria dan menceriakan - Menyayangi - Sentiasa senyum - Baik tutur kata - Memberi ketenangan - Menjaga rahsia - Tidak lagha - Tidak sombong - Tidak ego - Mendoakan - Beradab - Sopan santun - Taat - Menjaga diri - Membantu - Mengingatkan - Berkorban - Gembira bersama - Sejahtera - Memuji dan tidak mengeji - Mencegah kemungkaran- Berhikmah - Memberi - Bukan batu api - Selalu bersama -

Sunday, 30 August 2015

Perubahan

Apabila kita hidup dalam suasana persekitaran baru, kita akan membawa 1001 perubahan besar kepada diri kita dan orang lain.

Rezeki untuk melangkah ke IPT merupakan nikmat yang tidak semua orang perolehi. Perbanyakkan bersyukur kepada Allah jika kita merasai nikmat Allah yang satu ini.

Tidak kiralah apapun jenis kursus yang kita ambil di IPT. Apa yang peting adalah NIAT kita. Belajar kerana Allah.

Aku tahu, biarpun keberadaan aku disini bukan untuk memperoleh gelaran USTAZAH ataupun PENDAKWAH.

Tetapi aku bersyukur, aku berpeluang untuk mentarbiah dan ditarbiah.

Kehadiran sahabat yang baik dan solehah adalah antara nikmat terbesar selepas nikmat iman.

Kerana sahabat itu adalah CERMINAN diri kita.

Sahabatlah yang akan membimbing kita sama ada ke SYURGA atau ke NERAKA.

Lihatlah betapa pentingnya memilih sahabat yang baik untuk mendampingi diri kita.

.....

Saat pertama kali aku bersua dengan sahabat yang berasal dari Kelantan ini, dia berkata, "Saya rasa, akan terjadi suatu perubahan besar yang Allah nak tunjuk disini. Sama ada perubahan persekitaran ataupun perubah kepada diri kita sendiri."

"Maksudnya?" Aku bertanya. "Mungkin akan wujudnya perubahan dari segi pemakaian pelajar. Ataupun suasana belajar. Mungkin. Allah maha mengetahui."

Menurut sahabatku ini, hatinya kuat mengatakan sedemikian. Allah hantarkan HIDAYAH barangkali...

Aku tersenyum. "Siapa yang akan membawa perubahan tersebut?"

"Kita. Ataupun orang lain..." Katanya dengan selamba.

Aku tiba-tiba terfikir, "Siapa aku hendak mengubah suasana dan orang lain. Mampukah aku mempengaruhi kawan-kawan yang lain untuk menghidupkan suasana sunnah dan tarbiyah? Bolehkan kami menyampaikan agama ini kepada mereka yang tidak mengetahui"

"Kalau kita nak hidupkan agama kita, kitalah yang kena mula dulu" Ujarnya mengusir gundah dihati.

"Selagi belum cuba belum tahu, kan? Biarlah kita cuba memulakan langkah dahulu. InShaaAllah nanti akan ada yang ikut." Aku cuba positif.

.....

Dalam suasana kesibukan belajar,

Seorang sahabat tiba-tiba meluahkan rasa dan menyatakan hasratnya untuk bertudung labuh. Bukan tudung bawal bidang 60. Tetapi tudung bulat labuh yang diguna oleh pelajar sekolah agama kebiasaannya itu. Subhanallah...

Sebagai seorang sahabat, juga seorang teman, semestinya aku sokong usahanya itu!

Katanya, dia tidak kuat dan takut dicemuh orang lain.

Dia takut untuk membawa perubahan dalam dirinya. Dia risaukan kata-kata orang terhadapnya. Risaukan penerimaan keluarganya. Risaukan kritikan daripada kakaknya.

Aku berkata, "Kuatkan hati. Allah ada, malaikat jaga."

Dia hanya tersenyum.

Ketahuilah duhai sahabatku, aku akan selalu disisimu, menyokongmu, mendampingimu, mengasihimu, menyayangimu, menghargaimu, menasihatimu, mengingatkanmu apabila kau terleka.

Dan aku harap kau juga bergitu terhadapku.

Kerana aku bukan manusia yang sempurna. Aku juga masih belajar dan mentarbiyah diri.

Kita sama-sama menasihati dan mengingatkan, okey? 

Sahabatku sayang, moga kamu istiqomah dan kekal solehah.

.....

Seorang lagi rakan seperjuangan telah bertudung labuh.

Rasanya sebab dipengaruhi oleh sahabatnya yang juga turut bertudung labuh.

Tanpa aku sedar. Suasana mawaddah dan sakinah itu mulai bercambah.

Aku hanya mampu teruja dan gembira. Syukur classmate aku mula berubah ke arah kebaikan.

Moga kamu istiqomah sayang.

.....

Menjadi peniaga sambil belajar bukanlah suatu yang mudah rupanya.

Aku berusaha untuk menjual pakaian yang menutup aurat sahaja. Bimbang aku dipersalahkan oleh Allah diakhirat kelak kerana mengabaikan tanggungjawabku untuk menjaga aurat kaumku sendiri.

Pada aku, ada pelanggan itu ujian, tiada pelanggan juga ujian.

Perkara yang menggembirakan bagi seorang peniaga adalah pelanggan membeli barang daripadanya. Sedangkan diluar sana ramai pesaing yang sedang berlumba mencari pasaran.

Syukur. Hari ini Allah catatkan rezeki buatku.

Namun, siapa sangka pembeli tersebut adalah classmate aku sendiri?

Tidak habis-habis aku tersenyum sendiri seperti kerang busuk di pinggir pantai nan indah. Cewah...

Dia pun mahu mula bertudung labuh.

Katanya, aurat lebih terjaga. Maruah lebih terpelihara. Allah lebih sayang.

Pandainya sahabatku yang sorang ni. Macam nak cubit je pipi comelnya.

Moga kamu istiqomah sayang.

.....

Ukhuwah itu, tidak semestinya aku dengan dia.

Kau dengan orang lain.

Tapi ukhuwah itu, aku dengan kau. Aku dengan dia. Kau dengan dia. Dan kita dengan orang lain.

Kita semua adalah bersahabat. Sahabat sampai syurga InShaaAllah.

Kita sama-sama nak perbaiki diri.

Kita sama-sama membimbing.

Kita sama-sama muhasabah dan saling mengingatkan.

Kita jaga sesama kita, eh?

Sayang sayang ukhuwah ini kerana Allah

.....

Betul, Allah buka jalan untuk kita berubah.

Allah sentiasa beri kita peluang.

Allah sentiasa beri kita masa.

Allah bagi kita pilihan.

Yang tentukan adalah diri kita, sama ada nak, ataupun tidak.

.....

Moga suasana mawaddah dan sakinah yang diimpi menjadi realiti.

Moga Allah sayang.

Moga Allah redha.

.....

Tuesday, 25 August 2015

Dia yang Allah kirimkan


Dia yang Allah kirimkan,

Sukanya apabila bercerita tentang dia yang Allah kirimkan,
Baiknya Allah, datangkan sahabat-sahabat yang baik, yang solehah.
Sungguh! Tak terbalas kebaikan awak wahai sahabat.

Teruja dengan kata-katanya,
"Ukhuwah till Jannah :) "
Sweet sangat!
Lebih manis daripada coklat daim yang dibeli dari kak Aijoe. Hehhe.

Dia seorang yang biasa-biasa luarannya,
Tapi siapa sangka ilmunya luas selautan,
Telah banyak pengalaman yang diterokai,
Duduk dengannya buat hati tenang,
Selalu ada ilmu yang hendak dikongsi,
Sama ada pengalaman ataupun cerita dari Murobbinya,

Baiklah awak ni!
Moga ilmu yang awak curahkan sentiasa bermanfaat,
Kita bersahabat sampai syurga tau!

Jalinkanlah persahabatan seperti Rasulullah dan para sahabat.
Sahabat, Teman, Kawan,
Allah datangkan mereka dengan hikmah,
Allah hadirkan untuk kita saling melengkapi,

Sayangi mereka,
Hargai mereka,

Sebelum Allah ambil dari hidup kita,

Bercerita mengenai sahabat,
Banyak yang boleh dikongsi, banyak yang boleh diteladani,

Kadangkala timbul bibit kecewa dilubuk hati ini,
Apabila mendengar luahan rakan mengenai masalahnya dengan rakan yang lain,
Mendengar kisah suka duka hidupnya,
Hati sayu tapi siapa sangka dia setabah itu untuk menghadapi pelbagai ujian ini,
Bersabarlah...

Bersahabatlah dengan semua, berkawanlah dengan semua.
Mengapa perlu memilih? Sedangkan Allah dah aturkan sesuatu yang terbaik buat hambanya.

Dan, jangan lupa bersyukur dengan sahabat yang kita dapat.

.........

Persoalan, "Bagaimana kita hendak jadikan kawan kita tak buat kita terasa hati."

Hurm,... You kohw what? You should take care of your words first!
Kita nak sahabat dan kawan yang baik, kita jadi baik dulu.
Banyakkan berdoa supaya dapat sahabat yanng baik,
Banyakkan berdoa supaya sahabat kita berubah jadi baik,
Tegur kesalahan dia dengan penuh hikmah,

Bukan soal jodoh je kita kena ambil berat.
Mengenai sahabat di sisi pun kena ambil berat juga,
Sahabat itu cerminan diri kita.

Sabar, Allah aturkan sesuatu yang cantik buat kamu :)

Allah sayang kita. Allah jaga kita.

Sunday, 23 August 2015

Disebalik nama


Tidak semua orang mengenali kita
Ada yang memang kenal secara langsung
Ada yang kenal di alam maya

Apa pun yang orang tahu tentang kita
Apa pun yang kita tahu tentang orang lain
Kita jangan terlalu menilai
Ataupun menghukum sikap dan peribadinya
Tanpa sebab...
Siapa kita hendak hukum manusia?
Biarlah Allah yang mengadili

Nur Hidayah Hasanuddin
Disebalik nama ini tidak semua orang kenal
Tidak semua orang tahu tentangnya
Yang mengenalinya
Tidak tahu personaliti sebenarnya

Cahaya Petunjuk Agama Yang Baik
Nama yang cukup indah dimata saya

Saya ingin menjadi
Seperti makna disebalik nama tersebut

Saya ingin menjadi cahaya
Cahaya yang menerangi insan disekeliling saya
Menyuluhkan sinar impian yang mengkaburi mata
Menjadi cahaya yang sentiasa melewati kegelapan
Menemani kedukaan
Cahaya yang menginspirasi
Cahaya kebahagiaan dan ketenangan

Saya ingin menjadi
Petunjuk buat insan disekeliling saya
Membetulkan kesilapan dan menyenangi kebaikan
Petunjuk ke arah kebenaran
Petunjuk yang  menyenangkan
Menegur dan ditegur
Menghargai antara satu sama lain
Menyemapaikan apa yang perlu kita tahu

Namun, apa yang dibayangkan...
Tidak semuanya mudah dilaksanakan
Bukan semua orang menyenangi diri kita
Bukan semua orang dapat menerima
Bukan semua faham apa yang kita nak sampaikan

Awak sebagai teman
Yang memahami hasrat hati ini
Kita berusaha bersama
Kita berjuang bersama
Merealisasikan impian kepada realiti
Yang sering membantu
Saling melengkapi

Marilah bersama saya
Mencapai redha Illahi dan syurga firdausi
Mari kita jadi cahaya dan petunjuk
Buat umat yang semakin tenat

Saya tak mampu bersendiri
Saya perlukan awak sebagai sokongan disisi
Menemani dan memberi kata semangat

Disebalik nama ini
Moga menjadi realiti




Saturday, 22 August 2015

Hargai sebelum dia pergi

Mari kita sama-sama hayati kisah ini
Cerita ni agak panjang.. Baca lah sehingga habis... Share jika ia membuatkan air mata anda mengalir..
"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "
Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.
Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.
Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.
Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.
Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.
Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.
Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.
Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.
Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.
"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.
Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.
Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.
"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.
Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.
Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.
Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.
Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.
Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"
Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.
"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.
"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.
Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.
Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.
"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.
"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.
Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.
Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.
Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.
Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.
Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.
Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"
Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.
Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.
Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"
Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"
Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya. Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana...
Share jika anda menangis Membaca kisah ini....


Tok Adi facebook

Saturday, 8 August 2015

Peluang


ketahuilah syabab
peluang datang sekali
ia bukan sekadar
bergolek datang kembali
menjangkakan hadirnya
adalah tipis
rebutlah peluang
bukankah engkau seorang pejuang?
yang tidak gentar dengan cabaran
yang berani kehadapan

kita syabab!
masih diberi nikmat didunia
untuk menyampaikan
kita mampu gegarkan dunia
andai saling bekerjasama

kemana dikau menghilang?
wahai syabab
agama perlukan kamu
kekuatan dan kudrat kamu
kecerdasan akalmu
semangat juangmu yang tiada putus
langkah telah mampu kau lakar
ayuhlah
rebut peluang yang datang

mudamu didunia hanya sekali
untuk berbakti
agama perlukan kamu
masyarakat, keluarga dan negara
mengharapkan perjuanganmu
kemana dirimu
wahai syabab?

lakarlah memori indah
yang tidak mungkin kau lupa kelak
saat dikau berjaya mencipta
kekaguman
pengaharapan
kerana peluang yang kau
hargai




masa muda remaja adalah masa yang paling suntuk buat kita. kerana segala perkara ingin kita lakukan dimasa muda.
belajar, bercinta, berjuang, berkepimpinan, berkarya, berinspirasi dan lain-lain.
kerana apa? dimasa muda inilah semangat kita masih berkobar.
masa muda yang penuh dengan kenikmatan menerokai alam.
masa yang perlu dihargai
kerana masa muda inilah yang akan dikenang-kenang

kita kena selalu bermuhasabah,
masa muda kitalah yang menentukan masa tua kita
moga Allah sayang.

Sunday, 2 August 2015

Sekadar menulis




hari yang indah,
senyuman pertama,
hulurkan salam ukhuwah kita,
berpesan mengingati,
dituntut agama,
kita bagaikan satu keluarga,

silaturrahim ini tak akan terpisah,
kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat,

kita laungkan Allahu Akbar Allah maha besar
seiring sehaluan satu cita dan impin,
susah dan senang kita tempuhi bersama,
bertemu berpisah kerana Allah,

unic - seiring sehaluan


Menghargai sahabat itu tidak semudah kita mencari sahabat. Sebab apabila kita bersahabat kita akan kenal sahabat kita itu bagaimana, Kita kenal kelebihan dan kekurangan dia. Kita kena faham, Allah utuskan seseorang sahabat itu bukan untuk mencemuh, merendahkan atau mempergunakan sahabat tersebut. Tetapi, Allah datangkan sahabat untuk disayangi, dihargai, saling melengkapi, memahami, bekerjasama, susah senang bersama, saling berusaha mencari redha Allah dan lain-lain.

Mungkin ada dikalangan kita berfikiran, pasangan hidup sahaja yang akan sentiasa disisi. Tapi kita terlupa sahabat kita yang bukan sekadar amanah Allah, tapi pembimbing jalan ke syurga Allah.

Allah akan datangkan sahabat yang baik untuk membimbing kita jadi baik.
Sahabat itulah pembimbing, penguat kita, selepas segalanya kita serahkan kepada Allah.

Sahabat yang baik, apabila berada dengannya terasa dekat dengan Allah.

Sekadar menulis.
Moga Allah sayang.

Via : Hidayah Hasanuddin