Manhaj Salaf Is My Way

Sunday, 30 August 2015

Perubahan

Apabila kita hidup dalam suasana persekitaran baru, kita akan membawa 1001 perubahan besar kepada diri kita dan orang lain.

Rezeki untuk melangkah ke IPT merupakan nikmat yang tidak semua orang perolehi. Perbanyakkan bersyukur kepada Allah jika kita merasai nikmat Allah yang satu ini.

Tidak kiralah apapun jenis kursus yang kita ambil di IPT. Apa yang peting adalah NIAT kita. Belajar kerana Allah.

Aku tahu, biarpun keberadaan aku disini bukan untuk memperoleh gelaran USTAZAH ataupun PENDAKWAH.

Tetapi aku bersyukur, aku berpeluang untuk mentarbiah dan ditarbiah.

Kehadiran sahabat yang baik dan solehah adalah antara nikmat terbesar selepas nikmat iman.

Kerana sahabat itu adalah CERMINAN diri kita.

Sahabatlah yang akan membimbing kita sama ada ke SYURGA atau ke NERAKA.

Lihatlah betapa pentingnya memilih sahabat yang baik untuk mendampingi diri kita.

.....

Saat pertama kali aku bersua dengan sahabat yang berasal dari Kelantan ini, dia berkata, "Saya rasa, akan terjadi suatu perubahan besar yang Allah nak tunjuk disini. Sama ada perubahan persekitaran ataupun perubah kepada diri kita sendiri."

"Maksudnya?" Aku bertanya. "Mungkin akan wujudnya perubahan dari segi pemakaian pelajar. Ataupun suasana belajar. Mungkin. Allah maha mengetahui."

Menurut sahabatku ini, hatinya kuat mengatakan sedemikian. Allah hantarkan HIDAYAH barangkali...

Aku tersenyum. "Siapa yang akan membawa perubahan tersebut?"

"Kita. Ataupun orang lain..." Katanya dengan selamba.

Aku tiba-tiba terfikir, "Siapa aku hendak mengubah suasana dan orang lain. Mampukah aku mempengaruhi kawan-kawan yang lain untuk menghidupkan suasana sunnah dan tarbiyah? Bolehkan kami menyampaikan agama ini kepada mereka yang tidak mengetahui"

"Kalau kita nak hidupkan agama kita, kitalah yang kena mula dulu" Ujarnya mengusir gundah dihati.

"Selagi belum cuba belum tahu, kan? Biarlah kita cuba memulakan langkah dahulu. InShaaAllah nanti akan ada yang ikut." Aku cuba positif.

.....

Dalam suasana kesibukan belajar,

Seorang sahabat tiba-tiba meluahkan rasa dan menyatakan hasratnya untuk bertudung labuh. Bukan tudung bawal bidang 60. Tetapi tudung bulat labuh yang diguna oleh pelajar sekolah agama kebiasaannya itu. Subhanallah...

Sebagai seorang sahabat, juga seorang teman, semestinya aku sokong usahanya itu!

Katanya, dia tidak kuat dan takut dicemuh orang lain.

Dia takut untuk membawa perubahan dalam dirinya. Dia risaukan kata-kata orang terhadapnya. Risaukan penerimaan keluarganya. Risaukan kritikan daripada kakaknya.

Aku berkata, "Kuatkan hati. Allah ada, malaikat jaga."

Dia hanya tersenyum.

Ketahuilah duhai sahabatku, aku akan selalu disisimu, menyokongmu, mendampingimu, mengasihimu, menyayangimu, menghargaimu, menasihatimu, mengingatkanmu apabila kau terleka.

Dan aku harap kau juga bergitu terhadapku.

Kerana aku bukan manusia yang sempurna. Aku juga masih belajar dan mentarbiyah diri.

Kita sama-sama menasihati dan mengingatkan, okey? 

Sahabatku sayang, moga kamu istiqomah dan kekal solehah.

.....

Seorang lagi rakan seperjuangan telah bertudung labuh.

Rasanya sebab dipengaruhi oleh sahabatnya yang juga turut bertudung labuh.

Tanpa aku sedar. Suasana mawaddah dan sakinah itu mulai bercambah.

Aku hanya mampu teruja dan gembira. Syukur classmate aku mula berubah ke arah kebaikan.

Moga kamu istiqomah sayang.

.....

Menjadi peniaga sambil belajar bukanlah suatu yang mudah rupanya.

Aku berusaha untuk menjual pakaian yang menutup aurat sahaja. Bimbang aku dipersalahkan oleh Allah diakhirat kelak kerana mengabaikan tanggungjawabku untuk menjaga aurat kaumku sendiri.

Pada aku, ada pelanggan itu ujian, tiada pelanggan juga ujian.

Perkara yang menggembirakan bagi seorang peniaga adalah pelanggan membeli barang daripadanya. Sedangkan diluar sana ramai pesaing yang sedang berlumba mencari pasaran.

Syukur. Hari ini Allah catatkan rezeki buatku.

Namun, siapa sangka pembeli tersebut adalah classmate aku sendiri?

Tidak habis-habis aku tersenyum sendiri seperti kerang busuk di pinggir pantai nan indah. Cewah...

Dia pun mahu mula bertudung labuh.

Katanya, aurat lebih terjaga. Maruah lebih terpelihara. Allah lebih sayang.

Pandainya sahabatku yang sorang ni. Macam nak cubit je pipi comelnya.

Moga kamu istiqomah sayang.

.....

Ukhuwah itu, tidak semestinya aku dengan dia.

Kau dengan orang lain.

Tapi ukhuwah itu, aku dengan kau. Aku dengan dia. Kau dengan dia. Dan kita dengan orang lain.

Kita semua adalah bersahabat. Sahabat sampai syurga InShaaAllah.

Kita sama-sama nak perbaiki diri.

Kita sama-sama membimbing.

Kita sama-sama muhasabah dan saling mengingatkan.

Kita jaga sesama kita, eh?

Sayang sayang ukhuwah ini kerana Allah

.....

Betul, Allah buka jalan untuk kita berubah.

Allah sentiasa beri kita peluang.

Allah sentiasa beri kita masa.

Allah bagi kita pilihan.

Yang tentukan adalah diri kita, sama ada nak, ataupun tidak.

.....

Moga suasana mawaddah dan sakinah yang diimpi menjadi realiti.

Moga Allah sayang.

Moga Allah redha.

.....

No comments: