Manhaj Salaf Is My Way

Saturday, 5 September 2015

Ukhuwah fillah


Ukhuwah fillah be like...

"Saya taknak dekatkan awak dengan jalan-jalan zina."

"Awak, tolong ingatkan saya dengan Allah ye..."

"Saya sayang awak kerana Allah"

..........

Manisnya ukhuwah kerana Allah

Ukhuwah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah

"Eh, dalam bersahabat pun kena rujuk al-Quran dan as-Sunnah ke?"

Islam itukan bersifat SYUMUL

Sempurna, meyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita

Kita kena faham betul-betul

Kita jalinkan persahabatan kerana Allah

Kita inginkan persahabatan yang diredhai Allah

Maka, kita ikut aturan Allah

..........

Aturan yang bagaimana?

1. Bergurau,
Tak salah kita nak bergurau dengan sahabat kita. Bahkan menjadikan ikatan silaturrahim kita bertambah erat.  Cuma kena tahu bahawa dalam bergurau pun ada batasan juga iaitu tidak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham dan sakit hati kepada sahabat kita. 

"Asyik kita je nak jaga hati dia, hati kita dia taknak jaga pun."

Eh, sabar dulu... Jangan cakap macam tu.
Maksudnya, kita cakap la yang baik-baik dengan kawan kita masa bergurau.
Supaya tidak timbul salah faham.
Sebab kekadang kita TERgurau kasar.
Takut hatinya terluka.

Kalau kita nak orang jaga hati kita, kita jaga hati mereka dulu.
Dan jangan lupa doa dan jaga hubungan Allah juga.
Sebab Allah yang menggerakkan hati-hati manusia.
Kita hanya berusaha


2. Saling mendoakan,
Doa daripada seorang sahabat itu sangat hebat! 

Apabila kita doakan sahabat kita, malaikat akan aamiinkan sekali untuk kita dan sahabat kita.

Doakan kebaikan buat sahabat, doakan kesihatannya, doakan kejayaannya...
Sama-sama saling mendoakan,
Allah pun makin sayang, ukhuwah pun makin erat.

Sebelum berpisah pun boleh mendoakan,

"Hati-hati awak, moga Allah sayang. Moga Allah jaga."

Sweet, kan?


3. Saling berkongsi,
Dalam bersahabat sagalanya sering dikongsi bersama.

Suka duka bersama, susah senang bersama, kenangan pahit manis bersama.
Segalanya nak bersama sahabat.

Tapi kena ingat, apa-apa pun masalah yang kita ada, kegembiraan yang kita rasa, ataupun kesedihan yang melanda... Cari ALLAH dulu.

Allah yang datangkan masalah, Allah jugalah yang datangkan penyelesaian masalah itu.

Banyak-banyakkan berdoa,
Doakan merupakan senjata orang Islam.

Ini contoh doa yang boleh kita amalkan,




4. Senyum, Salam, Sapa (3S)
Apabila berjumpa dengan sahabat, perkara pertama yang kita lakukan kebiasaannya adalah, MENYAPA,

"Hai, apa khabar?"
"Hai, awak sihat hari ni?"

Dan lain-lain...

Cuba kita lazimkan diri memberi salam, "Assalamualaikum..."

Disini, kita dapat lihat bahawa kita bukan sahaja menyapa sahabat kita tetapi kita juga mendoakan mereka.

Mudah, bukan? Berpahala dan bersyariat.

Abdullah Ibn Umar menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW : Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab, engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya Islam... 


5. Niat
Niatkan dalam hati kita bahawa kita bersahabat kerana Allah semata-mata.

Jangan niat sebab nak kan populariti apabila bersama dia,
Jangan niat bersahabat sebab dia pandai dan kita nak tumpang nama dengan dia
Dan lain-lain sebab.

Kenapa ye? Kalaulah niat kita iaitu tujuan dan matlamat kita kerana mahukan sesuatu, maka kita akan dapat seperti apa yang kita niatkan itu...

"Sesungguhnya, suatu amalan itu bermula dengan niat..."

Kalau niat kita kerana Allah, InShaaAllah kita akan DAPAT dan FAHAM erti UKHUWAH FILLAH.

Kalau kita bersahabat dengan niat selain Allah atau dengan sebab-sebab tertentu yang bersifat sementara seperti kecantikan dan kepandaiannya.

Maka, hanya itu sahaja yang kita akan dapat

Dan...

Sekiranya sebab-sebab yang sementara ini hilang daripada diri sahabat kita, kita akan mula menjauhi dia kerana yang kita mahukan dari dirinya adalah SIFAT dan SIKAPnya. Kita tidak serius bersahabat dengannya kerana Allah. Tak mahu bersahabat hingga syurga.

Tapi...

Jika redha Allah yang kita mahu. Syurga Allah yang kita nak tuju.
InShaaAllah, itu yang kita dapat.

Kita akan rasanya manisnya ukhuwah semanis coklat.
Kita akan rasa berkatnya ukhuwah kerana Allah.


6. Berusaha menjadi sahabat terbaik
Allah telah aturkan dan hantarkan kita seorang sahabat yang terbaik buat kita.

Sahabat untuk disayangi, dilengkapi, dihargai, dibimbing, diraikan
Dan lain-lain...

Pentingnya menjadi seorang sahabat terbaik buat sahabat kita.
Tak perlu menjadi sempurna, cukuplah sama-sama menjaga.
Tak perlu berpura-pura, cukuplah sama-sama  menjadi diri sendiri dan melengkapi.

Kita jaga iman dia, dia jaga iman kita.
Kita jaga ikhtilat dia, dia jaga ikhtilat kita.
Sama-sama menjaga agama.

Pentingnya dalam diri bersahabat untuk bersifat :

Toleransi - Penyabar - Menyayangi - Menghargai - Baik hati - Meraikan - Memahami - Memaafkan - Berada disisi - Berbaik sangka - Jujur - Ikhlas - Amanah - Positif - Ceria dan menceriakan - Menyayangi - Sentiasa senyum - Baik tutur kata - Memberi ketenangan - Menjaga rahsia - Tidak lagha - Tidak sombong - Tidak ego - Mendoakan - Beradab - Sopan santun - Taat - Menjaga diri - Membantu - Mengingatkan - Berkorban - Gembira bersama - Sejahtera - Memuji dan tidak mengeji - Mencegah kemungkaran- Berhikmah - Memberi - Bukan batu api - Selalu bersama -

No comments: