Suasana Baru
Masuk ke universiti merupakan sebuah lakaran
baru buat diriku
Aku akan melangkah ke dunia luar yang lebih
mencabar
Dunia luar yang lebih banyak liku kehidupan
Coretan dan lembaran baru harus aku buka
Buat mencatat kenangan yang bakal terpatri
disini
-----
Didalam kelas…
Aku dikenali sebagai seorang gadis bertudung
labuh litup yang pendiam
Untuk mendengar suaraku seperti agak mustahil
Kerana aku sememangnya hanya mendiamkan diri.
Dan terus diam…
Dan terus diam…
Di sini tiada siapa yang aku kenal :'(
Aku takut…
Mereka semua seperti tak mahu berkawan
dengan aku
Aku pun tak tahu kenapa
Aku pernah terfikir...
Adakah kerana aku lain daripada yang lain?
Menyebabkan aku dipinggirkan dan bersendirian?
Tapi...
Sebenarnya aku yang nampak tak FRIENDLY
Aku yang suka buat hal sendiri
-----
Nampak macam budak sombong je...
Siapa kenal aku tahulah aku macam mana. Hehhe...
Cewahh...
-----
Nampak macam budak sombong je...
Siapa kenal aku tahulah aku macam mana. Hehhe...
Cewahh...
-----
Sebenarnya…
Aku mengalami kejutan budaya yang
amat dahsyat!!
Daripada susana sekolah yang serba TERJAGA
kepada suasana universiti yang kita sendiri-sendiri pandai kena JAGA
Hurmm… comel pulak ayat tu. Hehhe…
-----
Aku masih ingat...
Program orentasi yang berjalan
hampir seminggu di dewan SITC
Tiada satu pun kawan-kawan fakulti yang aku
kenal
Kecuali enam orang kawan yang ambil aliran yang
sama
Tiga daripada mereka adalah Muslim.
Dan tiga
orang lagi Non-Muslim
Mereka semua baik. Walaupun kami tak rapat…
Kemana mereka pergi aku akan ikut.
Sebab aku
takde kawan. Hihhi…
Namun begitu, kami tak selalu seiring bersama.
Adakalanya
aku sendiri juga...
Adakah aku tak menegur sesiapa semasa orentasi?
Yup. Sebab aku malu. Hehhe…
Hurmmm…
Sejak bila aku jadi pemalu
macam katak bawah besen ni?
Dan, sejak bila guna ayat skema ni? Kohkoh...
Dan, sejak bila guna ayat skema ni? Kohkoh...
-----
Maka, bermulalah sebuah kehidupan baru buatku
Aku belajar erti kehidupan sebenar
Aku belajar erti persahabatan sebenar
Aku belajar mengurus dan mendisiplinkan diri
Aku belajar segalanya
..........
Moga Allah jaga
Moga Allah sayang
Hadiah daripada kekasih hati, Nurul Hanani.
No comments:
Post a Comment