Manhaj Salaf Is My Way

Wednesday, 26 October 2016

Belajar berubah

Hai blog..
Tetiba aku rindu nak menulis..
Hurmm.. tak tau nak mula dari mana..
...
Hai awak.. hai sahabat.. hai my koibito..
Seronok saya bila awak nak berpurdah..
Siapa la tak rasa happy kan..
Rasa macam air mata ni nak mengalir je tak sudah.. hahha..
InShaaAllah..
Semoga awak istiqomah..
Niat baik Allah akan bantu.. :)
...
Aku ni.. bila la nak berubah..
Nakal sangat..
Haish..
Aku..
Sedang bentuk 'watak' diri aku..
Yelah.. aku lebih kenal aku macam mana..
Kadang tu..
Mungkin..
Persekitaran menjadikan kita 'terganggu'..
Dengan 'ejekan', 'perli', 'kutukan' dll..
Aku sedar kedudukan aku..
Aku sedar tahap kemampuan aku..
Aku sedar cara hidup aku..
Bukan senang nak berpurdah..
ALLAH...
Keinginan tu ada..
Hurmm..
Mungkin aku banyak sangat berfikir..
...
Hana.. saya sayang awak kerana Allah..
Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak..
Mungkin saya belum mampu jadi sekuat awak..
Tapi saya cuba..
Dan saya akan berusaha..
...
Awak hebat..
Awak kuat..
Awak berinspirasi..
Seronoknya mengenali awak..
...
Banyak benda aku kena 'ubah'
Banyak benda aku kena perbaiki..
Sebenarnya..
Apa niat aku???
Ikutan semata-mata??
Trend??
Nak tutup muka dari orang kenal??
Nak jauh dari fitnah ke??
...
Hati..
Tolong kuat..
Kau kena sentiasa kuat..
Kau kena sentiasa tabah..
...
Hei kau..
Yaya..
Kau kena belajar 'berubah'..
Berubah jadi baik..
Jadi manusia yang bermanfaat..
Jadi manusia yang baik..
Solehah..
Berakhlak..
Berdisiplin..
Menepati masa..
Penyayang..
Lemah lembut..
Bla.. bla.. bla..
...
*aku yang keliru*

 hidayah hasanuddin


Thursday, 13 October 2016

Bla.. bla.. bla..

Weh.. rindu gila nak menulis panjang2.. hahha.. selalunya asyik nak meroyan je kau sorang2 kan.. hahha..

Hidup bukan selalunya indah..

Ada masa MANIS..

Ada masa PAHIT..

Ada masa MASAM..

Ada masa KELAT..

Keep calm and positive..

Manusia dtg dan pergi..

Tapi Allah tak..

Kita diberi pilihan sama ada nak bersedih atau bergembira..

Kenapa nak bersedih hati??

Come on la..

Move on je..

Org dah taknak kat kau.. hahha..

Lol.. mengarut je kau ni lahai..

Nk nak cerita kisah cinta ke kisah apakah ini?

---

Hidup kita.. kita lah yg nak tentukan mana hala tujuan kita..

Kemana kita nak pergi..

Mana arah nak dituju..

Apa kita nak jadi..

Siapa kita nak berkawan..

Jangan biarkan orang lain tentukan jalan hidup kita.. hahha..

---

Terima kasih kepada sahabat yang stay..

Terima kasih kepada yang datang dan pergi..

Terima kasih sebab buat aku dihargai..

Terima kasih sebab pernah manyakiti..

Yelah.. kita manusia..

Tak sempurna pun..

Apa yang penting.. kemaafan ku hulur dan ku beri..

---

Dalam rencah hidup.. biasalah..

Kita ada kawan baik..

Dengan kawan kita gelak ketawa bersuka ria..

Semua benda happy kita share..

Cuma..

Belum tentu dia bersabar dgn kita..

Belum tentu dia ada time tangis kita..

Sometimes.. aku perlukan jugak seseorang..

Yang sudi mendengar keluhan dan tangisan aku..

Tapi.. bukan semua sudi.. mungkin??

Aku yakin 'sayang' tu tetap ada..

Walaupun aku tak nampak..

Aku cuma nak share..

Kalau tak nak dengar aku tak kisah..

Nak peduli sangat pun aku yang penat..

Bukan penat apa..

Penat disakiti..

Penat dilukai..

Hahhahahahahhaha..

Sebah aku nak kau dengar sikkiiitttt jerrr..

Eh.. eh..

Orang tak sudi tu kau diam2 jelah..

Menyibuk pulak..

Hahha...

Okey aku diam..

---

Hai..

Kadang aku teringin dirindu..

Cukuplah kau mesej aku lepastu cerita fasal apa kau buat tadi..

Aku dah rasa 'diperlukan'..

Aku tak nak jadi tempat 'menghilangkan kebosanan'

Aku tak pernah anggap kau bosan..

Bahkan selalu sayang kaun..

Cuma kalau tak suka tu cakap la awal2..

Kan senang.. hahha..

---

Bla la dayah..

*sayonara*

Sunday, 2 October 2016

Harga Sebuah Persahabatan


HARGA SEBUAH PERSAHABATAN TERLETAK PADA CARA KAU MENGHARGAINYA...


Pada aku.. harga persahabatan tu mahal sangat...

Tak terbayar segala jasa sahabat-sahabat aku...

Bukan senang nak jumpa orang yang mampu terima kekurangan dan kelebihan kita...

Bukan senang nak dapat sahabat sejati yang setia...

Kalau ada tu... ALHAMDULILLAH.... syukur sangat-sangat...

And I got it.. the true best friend ever... :)


Kadang tu banyak benda nak ditulis... banyak benda nak diungkapkan...

Terlalu banyak sampai takde masa... Cewah... hahha...


Lama gila tak menulis... rasa macam buat assignment pulak.. kahkah...


Sebenarnya.. tak tau pun nak tulis apa.. hahha...

Tajuk pun main ambil je dari moment wechat semalam...

Hahhah...


Terfikir jugak aku...

Dalam persahabatan ni...

Bukan sekadar kau GELAK SUKA KETAWA BERSAMA...

Tapi...

Banyak ONAK DURI DUKA LARA...



Pada aku... apa yang penting dalam PERSAHABATAN adalah TOLERANSI,...



Memang la niat tu penting... maksudnya macam mana nak jaga PERSAHABATAN tu...

Bukan senang nak jaga TALI SILATURRAHIM...



Salah faham tu biasa...

Gaduh manja tu biasa...

Ejek dan membuli tu biasa...

Pukul bertumbuk tu biasa...

Gelak kuat tak ingat dunia tu biasa...



Yelah... member kan... semua benda kita buat dengan dia BEST.... hahha...



Yang tak biasanya...



Bila semua benda kau letak EGO dulu...

Dan kau takmau BERTOLERANSI...



Aku tak pernah gaduh dengan Hana...

Salah faham ada la...

Tapi bila adanya TOLERANSI...

Masing-masing akan saling memahami...



Bersabar gila dia dengan aku yang tak matang nih.. hahha...


And... Hana bukanlah jenis yang SWEET pun...

Macam Fina, Ain, Izzaty, Dila...



But... I like herself...

She different than others... that's it...

Hahha...


MUET tak ambil lagi.. jadi english banyak menyimpang.. hahha...


Dia...

Nak bagi hadiah pun gitu-gitu jer....

"Ambil la... utk awak tu.."


Belanja makan pun berlagak cool... hahha...

"Biar saya bayar.. awak dah banyak belanja saya.."


Nak puji?? Kirim salam lerrr...



But... she's the best ever friend I have... :)

My Koibito... kohklohkoh...



Banyak kebaikan dia.. hahha.. tak lalu nak tulis..

Aku nak biasakan diri aku menulis je ni.. huhhu...

Kbye... my blog... jumpa lagi nanti kalau aku rajin..

Walaupun sunyi and aku merapu sesorang je kan sini... pun kira ok lah... hahha...

Meroyan panjang-panjang kat sini...

Twitter tempat aku tulis pendek2... kohkoh...

Sayonarraaa~~~~

Thursday, 29 September 2016

My Bestie Ever


Cukup la ada seorang sahabat.. 

yang memahami..
 menyayangi..
mendoakan..
ikhlas..
baik hati..
penyayang..
bertoleransi..
garang..
tegas..

Daripada ada 'ramai'.. 

Tapi macam 'takde'..

Hahahahahha..

Aku ada seorang sahabat yang 'garang' ..

Dan ada ego yang tinggi..

Tapi.. dia sangat baik..

Cuba bayangkan...

 Comel kan sahabat korang yang garang ni bila 'marah'..

Comel kan bila dia tiba2 ber'sweet2'..

Comel je bila tiba2 bagi pickup line...

Hahhha...

=============================================

She tag me at the comment on facebook...

Just to say this..

Hahha...

So swweeeettttttt.......























I got from: facebook

My facebook : Hidayah Hasanuddin 

=========================================

MY KOIBITO ... :) 

=========================================

Tuesday, 2 August 2016

Segalanya best tentang awak

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki SAHABAT yang soleh/solehah. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."

-Saidina Umar al-Khattab

Apabila aku ditanyakan.. "Best tak kawan dengan saya?"

Anugerah Allah mana yang tak best? Sedangkan ujian pun ada 'best'nya.. ada 'hikmah' yang tak terduga..

Dihadiahkan seorang sahabat yang hebat.. sahabat yang memahami.. sahabat yang baik.. sahabat yang terbaik..

Apa yang tak best?

Awaklah anugerah terindah..

Banyak beri tunjuk ajar.. memahami.. banyak bersabar dengan saya.. banyaklah...

Apa yang mampu saya buat untuk tunjuk penghargaan hati ni?

Apa yang mampu saya balas dengan segala kebaikan awak?

Ucap terima kasih je tak cukup buktikan sayang saya ni.. betapa saya menghargai awak..

Segalanya best tentang awak..

Ukhibbuki fillah.. :)

# sebab dia takde wechat
# saya sayang awak kerana Allah
# you are a gift for me

Tuesday, 26 April 2016

April 26 2016

Tenanglah... Allah tengah 'jaga' rasa cinta tu...

Cinta yang 'mahal'...

Cinta yang tak mudah dimiliki...

Hanya milik dia yang selayaknya...

Milik dia yang halal...

Kenapa kau perlu bersedih?

Sedangkan kau punya keluarga yang selalu merindui kau?

Kau punya sahabat yang sentiasa mengasihi kau...

Bahkan... kau punya 'pemilik cinta' yang agung...

Yang sentiasa 'menghulur' cinta dan sayangnya...

Tidakkah kau sedar?

Cinta ini 'berhak' kepada siapa?

Tidakkah kau nampak?

Cinta ini perlu 'dijaga'...

Bersyukurlah...

Allah sedang jaga hati kau...

Allah 'jagakan' cinta kau...

........

Moga Allah sayang :)

Friday, 22 April 2016

Rasa hati

Rasa nak menulis fasal rasa hati...

Eh... macam lawak pulak aku ni...

Hahhah...

...............

Bila tengok kawan-kawan aku ada 'teman istimewa'... terkadang aku terfikir...

"Siapa agaknya yang bakal bertakhta di hati ini?"

"Yang bakal menemani hari-hari suka duka ini?"

Cewahh...

Pernah juga terfikir...

"Tak laku ke aku? Aku takde pakwe... takde orang minat... secret admire jangan cerita la... memang takde langsung..."

Hahhah...

Aku pun manusia biasa...

Punya hati...

Don't judge me...

Sampai suatu masa... hati aku berkata...

"Carilah cinta pencipta... cinta manusia akan datang kepadamu... bersabarlah duhai hati..."

"Lengkapkan hati dengan taqwa..."

"Mantopkan iman... kasi sado..."

"Tambah ilmu agama... ilmu memasak... ilmu pengurusan diri..."

"Hatta... improve lah diri tu dari segi disiplin... konsisten... high target..."

..................

Mungkin...

Allah nak jaga hati ni... cinta ni...

Yelah... aku tak pernah dapat mesej dari sesiapa yang tak dikenali... I mean, lelaki lah...

And tak pernah rasa nak layan pun mesej pelik-pelik macam tu... hahha...

Aku tak biasa dengan lelaki...

Apatahlagi nak mesej bergelak ketawa suka ria dengan ajnabi yang bukan nya mendatangkan pahala kat aku... tapi menambahkan dosa-dosa aku je...

Dosa yang ada pun tak habis padam lagi...

.............

Lagipun, aku fikir...

Allah dah datangkan aku sahabat-sahabat yang baik...

Yang sudi terima segalanya tentang diri ini..

Kurang lebih aku...

Kenapa aku cari ajnabi untuk berkongsi masalah?

Suka duka?

Pahit manis?

....................

Moga Allah jaga cinta ini....

Moga Allah jaga pemilik cintaku setelah Allah dan rasul...

Moga Allah sayang... :)

Sunday, 17 April 2016

Cerita cinta


Setiap orang mendefinisikan cinta dengan cara yang berbeza...

Begitu juga dengan aku...

Semua orang mempunyai kisah cinta mereka yang tersendiri...

Begitu juga dengan aku...

Setiap orang mahu dirinya dicinta...

Setiap orang mahu bahagia...

Dan tak semua dapat mencapainya...

Bahagia atau derita...

Bersyukurlah...

Kerana dikurniakan 'rasa' cinta...

Suatu perasaan asing yang 'ajaib'...

Suatu persaan yang 'magik'...

--------------------------------------------------------------------------------

CINTA...

Sebut je perkataan cinta...

Semua orang tahu...

Semua orang faham...

Perasaan fitrah yang semua orang memilikinya...

'Rasa' cinta buat sang Pencipta...

'Rasa' cinta buat pemilik hati...

CINTA...

Ia dimiliki oleh sang hati yang kecil...

Sang hati yang rapuh...

Sering kali 'dilukai'...

Bagi yang tak menghargai...

Sedang mereka tak tahu...

Hati kecil ini berjiwa besar...

Punya 'rasa' yang besar...

'Rasa' cinta yang penuh membara...

CINTA...

Bersyukurlah kita masih punya 'rasa' cinta...

'Rasa' yang ingin bahagia...

'Rasa' yang tak semua menghargainya...

Sedang ada yang terluka kerana CINTA...

Peritnya... Sakitnya...

Rindunya... Sayangnya...

Segalanya 'sakit'...

CINTA...

Duhai 'rasa' cinta...

'Diamlah' dikau dengan aman...

Aku tak mahu cinta aku 'dicemari'...

Aku tak mahu rasa hatiku 'disakiti'...

Cukuplah mengejar CINTA HAKIKI...

CINTA...

Aku tak sanggup untuk menahan rasa 'sakit' itu...

'Sakit' merindui...

'Sakit' menyayangi...

CINTA...

Aku tak mahu 'dilekakan'...

Aku tak mahu priority aku 'diganggu'...

Mohon damailah duhai 'hati'...

Suatu hari nanti...

Cinta itu akan kau miliki...

Sesudah lengkapnya CINTA kau dengan ILAHI...

CINTA...

Seharusnya cinta itu menguatkan...

Bukan melemahkan...

Seharusnya cinta itu mendekatkan kepada Penciptanya...

Bukan menjauhkan...

Seharusnya cinta itu 'dibahagiakan'...

Bukan 'disakitkan'...

Seharusnya cinta itu saling membimbing...

Bukan menghukum...

CINTA...

Bagi aku CINTA itu sangat luar biasa...

'Rasa' yang tak sudah...

Hari-hari penuh dengan CINTA...

Bagai berada di taman-taman bunga...

Yang mekar mewangi...

Menyenangkan..

Namun... adakalanya ia meresahkan...

CINTA...

Hati ini diletakkan 'rasa' cinta...

Hati ini hadir sebagai 'amanah'...

Perlu dikawal... dihargai...

Dimiliki oleh yang 'berhak'...

Hati ini penuh CINTA buat sang Penciptanya...

Hati ini penuh CINTA buat kekasihnya...

Hati ini penuh CINTA buat insan-insan yang mencintainya...

Hati ini penuh CINTA buat sahabat-sahabat...

Yang hatinya penuh dengan CINTA PENCIPTA...

CINTA...

Hari-hari ada CINTA...

Hari-hari aku rasa debaran yang sama...

Penuh keajaiban...

Moga Allah 'jaga' CINTA ini...

------------------------------------------------------------------------------

Cerita cinta...

Cinta itu membuatkan aku dekat dengan dia dan DIA... :)

Bila dia cakap... "Hidayah, awak solat kan? Dah nak masuk waktu solat"

Hati ini makin 'jatuh cinta'...

Dia baik... Sahabat terbaik...

Bila dia ajak ke Masjid...

Bila kami solat berjemaah bersama...

Aku sangat bahagia...

Moga Allah beri dia syurga...

Ukhibbuki fillah...

Moga segalanya tercatat sebagai ibadah...

Moga Allah sayang...

===============================================

Catatan sayang,

Hidayah Hasanuddin (yaya)

Saturday, 16 April 2016

1 am

Sahabat...

Apabila berdekatan
Saling menyayangi...
Saling mendampingi...

Apabila berjauhan
Saling merindui...
Saling mendoakan...

Monday, 11 April 2016

Harini rindu lagi...

Selalu rasa nak menaip.. hahha..

Nafsu apakah ini? Hohho...

Coretan ini didedikasikan khas buat dirimu..

Sahabat...

Yang sedang beradu disisiku..

Yang selalu buatku terindu-rindu..

Yang selalu menceriakan hari-hariku..

Thanks...

For everything...

........................................

Awak..

Hadirku hanya sekejap..

Terlalu sekejap..

Hadirku sebagai pinjaman..

Yang akan dituntut 'pulang'...

Hadirku untuk melakarkanmu..

Warna-warna bahagia..

Agar penuh dengan lakaran bunga-bunga syurga..

Hadirku...

Untuk menyempurnakanmu..

Perbaiki salahmu..

Dan kau perbetulkan silapku..

Awak..

Terima kasih menghargai diri ini..

Terima kasih menerima diri ini..

Terima kasih mendampingi diri ini..

Diri yang tak sempurna..

Diri yang banyak cela..

Bahkan penuh dengan noda dosa..

Saya...

Rindu awak yang selalu tenang..

Saya berharap selalu dapat jadi setenang awak..

Saya...

Bahagia dengan ketegasan awak..

Moga saya terdidik menjadi tegas dan tabah seperti awak..

Saya...

Selalu inginkan sepenuh kebaikan buat awak...

Bahkan 'jaminan' kebahagiaan untuk awak..

Supaya awak sentiasa 'terjaga' dalam reda-Nya...

Saya...

Hanya mampu mendoakan..

Hanya mampu menyerahkan 'pengharapan' dari-Nya...

Agar dirimu sentiasa peroleh kebaikan...

Saya...

Rindu suasana jemaah...

Saat kau berada disisi...

Menadah tangan memohon keampunan dan kebaikan...

Rindunya... tenangnya...

Terima kasih kerana menggenggam erat tangan ini...

Tangan yang akan bersama menggapai firdausi...

Berjalan di taman-taman syurga..

Berbahagia mendengar bunyi air sungai yang mengalir..

Cukup mendamaikan...

Cukup menenangkan...

Kasih yang tercipta ini...

Membawa ke syurga...

Duhai sahabatku...

............................................

Ikhlas dariku...

Yang benar-benar kasih kerana pencipta...

Hidayah Hasanuddin

Tuesday, 5 April 2016

4 April 2016

Semalam, 4 April 2016

---

She told me like this...

"Saya bangun pagi tengok awak takde kat sebelah.. Saya keluar bilik tengok kat bilik air awak takde.. rumah sunyi.. Eik.. takkan dia ni g kelas sorang kud?"

"Bila masuk balik bilik rupanya tengah tidur kat lantai.."

Hahha... that's funny...

Kyaa... you make me appreciated...

---

Dear my sodiqoti..

If you know how important your are for me...

If you know how I love you as myself...

If you know how I fell when I see us together in Jannah Firdausi..

If you know what have I done for you to make sure you always in peace..

If you know what I'm pray to make sure you get all the best in your life..

---

Huwa...

I'm gonna cry right now...

I wanna you know that's you are the best in my life...

You are my best friend ever...

Friend... fi dunya wa jannah...

I wanna you to be my neighbour in Jannah...

Should us?

---

Hana...

I love you because of Allah...

Sincerely,

Hidayah Hasanuddin

Sunday, 27 March 2016

Flashback sem 1


Sebuah kehidupan baru telah bermula...

-----

Kolej kediaman kami didiami 6orang pelajar serumah.
2orang satu bilik. 2bilik air. Satu dapur.
Dapur? Bolehlah... Ada sinki.
Tapi tiada peti ais... Hihhi...

Aku dijodohkan untuk sebilik dengan seorang rommate yang baik.
Alhamdulillah...
Dia cukup baik. Satu kepala.
Satu ideologi. Tapi tak sama pegangan...

Suka duka dikongsi bersama.
Makan minum pun pernah kongsi.

Sepanjang satu sem ni.
Banyak perkara aku belajar...

Persahabatan.
Persefahaman.

Roommate...

Banyak benda baru aku belajar dari dia.
Dia tak kedekut ilmu, selalu nak kongsi.
Dia suka bagi pendapat dan pandangan. 
Bijak sungguh.

Dia, cukup memahami.
Cukup merendah diri.

Moga Allah berikan dia petunjuk.
Moga Allah sayang.

-----

Sahabat...

Setiap daripada kita menginginkan sahabat yang baik
Sahabat yang membimbing...
Sahabat yang memahami...
Sahabat yang bertoleransi...

Aku pun begitu...
Syukur, Allah pertemukan aku denganmu sahabat.

Kala aku susah, dia bantu.
Kala aku sedih, dia mendengar.

Dan dia selalu ingatkan supaya...

"Cari Allah dulu baru cari aku"

Hehhe... Tegas sangat.
Dia macam garang. Macam kasar.
Tapi dia baik. Dia nak membimbing...
Dia nak mentarbiah.
Supaya aku kuat dengan cabaran dunia luar.

Cara dia unik sangat. Tak pernah jumpa orang macam dia.
Baikkan Allah temukan kita...

Dan, pasti ada hikmah yang kita kena belajar.

-----

Dalam berkawan...
Dalam bersahabat...

Pasti ada asam garam sebagai rencah dan perisa kehidupan.
Tipu kalau tak pernah tak bersefahaman...
Tipu kalau tak pernah salah faham...

Tapi, ada cara untuk kita kawal kemarahan.
Ada cara untuk kita atasi pergaduhan.
Ada cara kita nak tangani perselisihan...

Dia pernah cakap,
"Allah akan uji persahabatan ini. 
Jangan anggap ujian tu datang dalam bentuk kemudaratan dan kesusahan semata.
Kesenangan dan keselesaan pun ujian juga..."

Teringat sekali tu aku mintak maaf dengan dia sebelum exam.
Beria-ia dia marah... Dia cakap...
"Awak semuanya tak sengaja. Semuanya ter-ter-ter..."

Mulanya macam sedih je rasa, tapi dia sambung...
"Awak TERtidur dalam bilik sayalah. Awak TERcuri hati sayalah. Baik minta maaf balik, cepat..."

Amboi, sukanya dia kenakan orang...
Takpelah, Allah bagi sahabat yang lain sikit dari biasa.
Unik.
Taknak cerita lebih-lebih...
Biar kisah cinta kami tersimpan dalam kenangan dan ukhuwah ini.
Cewahh...

Pernah cakap dengan dia, kenapalah Allah tak temukan kita cepat-cepat...
Tapi, jangan kenapa kenapa...

Perancangan dan aturan Allah itu luar biasa.

-----

Awak, ini kisah saya.
Moga ukhuwah ini kekal hingga syurga.

-----

Salam sayang buatmu sahabatku, nurul hanani.




Duhai hati...

Duhai hati...

Tahukah dikau...
Mengapa dikau diciptakan?

Kau dicipta dengan penuh kasih...
Disulami cinta yang kau terbitkan dilubukmu...

Kau hanyalah sekeping hati kecil...
Serapuh dan senipis kulit bawang...
Lemah...

Hadir kau bukan untuk direbut...
Kau bukan untuk dimiliki sesuka hati...

Hati...

Kau hak milik pencipta abadi..
Kau dipenuhi dengan cinta insan-insan istimewa..

Kau bakal dimilik oleh seseorang...
Dimiliki insan yang menemani liku-liku harimu didunia...

Insan yang akan sentiasa mendampingimu
Hingga ke syurga...
Yang halal buatmu...

Duhai hati...

Jangan kau lemah dengan godaan dunia...
Jangan kau lelah dengan ujian yang sementara...
Tabahkan dirimu duhai hati...

Menangislah...
Andai itu akan menguatkanmu...

Itu bukan tanda kau lemah...
Carilah kekuatanmu...

Percayalah...
Pelangi nan indah kan tiba...
Setelah hujan reda...
Bersabarlah...
Bertabahlah...

Duhai hati...

Maaf kerana sering melukaimu...
Perit yang kau rasa menyerang seluruh tubuhku...
Aku lemah tatkala dikau lemah...

Aku mohon...
Kau kuatkanlah dirimu...
Berhentilah berharap kepada manusia...
Kembalikan cintamu kepada pemiliknya...

Carilah Dia...
Raih cinta-Nya...
Kau kan temui kebahagiaan...
Ketenangan...
Yang selama ini kau tercari-cari...

Duhai hati...

Carilah ketenangan dan kedamaianmu...
Yang hanya pada-Nya kau temui...
Mengadulah segala bahagia lukamu...
Pada-Nya...
Yang hanya Dia memahami...
Perbanyakkanlah berdoa...

Moga Allah kembalikan dirimu 'yang baru'...
Moga kau sentiasa tabah...
Mengharungi onak duri yang kian tajam menusuk...
Duhai hati...

Biarpun telah acapkali kau dihiris-hiris...
Biarpun sering darah amarahku mengalir mendidih...
Menahan perit luka yang tersisa...

Aku bermohon agar kau tabah...
Belajarlah dari pengalaman yang kau lalui...
Perbaiki salah dan kurang yang kau lakukan...

Kau sendiri mengetahui...
Manusia seringkali menghukummu...
Sedang mereka tidak tahu...
Keperitan dan susah payahmu...
Keikhlasan dan ketulusanmu...
Keperitanmu menahan segala cemuhan dan amukan...
Mendiamkan segala kebenaran...

Duhai hati...

Segalanya hanya pahit yang tersisa...
Seringkali kau mendamba saat-saat kemanisan bahagia...

Aku mengerti...
Namun tidaklah suatu ujian itu menimpa...
Jika kita tidak berkudrat melaluinya...
Jagalah dirimu...

Duhai sekeping hati kecil...

Jangan biar kau dimiliki...
Sebelum selayaknya dia hadir menghunus cintanya...
Yang belum pasti kau yang ingin dimilikinya...

---

Sang pemilik hati,
Hidayah Hasanuddin

Thursday, 24 March 2016

Sem 3 is coming soon

Sem 3 is around the corner.

Pejam celik.
Pejam celik.
Sedar-sedar je dah nak masuk sem 3.

Alhamdulillah... tamat sudah sem 2 yang lalu dengan jayanya..

Sayangnya..
Result belum keluar..

Debaran demi debaran kian terasa.
Moga senyuman kejayaan terukir.
Seperti mendapat bunga daripada si dia.

Eh..

---

Maka, bakal bermulanya sebuah kehidupan yang mendebarkan.. di universiti..

Cabaran.
Rintangan.
Risiko.
Kesakitan.
Kesedihan.
Gembira.
Gelak tawa.
Kenangan.
Suka duka.
Senyuman.
Tangisan.

Semua terpatri diminda.

Tiada butang untuk di delete.

Bahkan tersimpan rapi di kotak kenangan.

---

Teringat moment tertinggal kad matrik dan sangup pinjam motor kawan semata-mata nak patah balik kolej dan ambil kad matrik.

Yang bawa motor mestilah si dia yang tercinta.

Kalau di tanya tentang speed kelajuannya.. hurmm.. sangat menyeronokkan!

Hahha..

---

Saat-saat berperang dengan buku masa nak final exam.

Hurm.. agak last minute.

Sebab kami tiada study week masa sem 2.

Agak kelam kabut..

Barulah nak buat nota.
Nak print nota.
Nak salin nota kawan.

Hahha...
Ish...
Inilah alasan...

Dengan nak cari rumah sewa lagi sebab tak dapat duduk kolej.

Huhhu...

Alhamdulillah.. Allah mudahkan segalanya.

Pada awalnya kami dapat rumah yang dah cukup bagus. Depan PT.
Sayangnya.. tak jadi ambil rumah tu sebab tuan rumah dah bagi orang lain.

Rumah kedua pun terjadi benda yang sama.
Agak mengecewakan..

Tapi, yang terbaik biasanya datang lewat.
Eh, hahha.. tidak semua mesti begitu..

Rumah yang kami dapat sekarang cukup selesa.
Walaupun agak jauh tapi syukur dah ada rumah daripada tiada.

Dan, bakal bermulalah rencah kehidupan di rumah baru kita.

Eh, kita?

---

For me,

The best moment ever bila dapat sentiasa berada di sisi sahabat tercinta.

Dekat dengannya membuatkan kita dekat dengan pencipta.

Mencipta kenangan indah dengannya.

Best sangat, dapat lepak bilik sahabat.

Habiskan masa dengan dia.

Sembang-sembang ilmu perniagaan.

Bersama mentarbiyah diri.

Dan... paling best sekali...

Habiskan segala makanan yang ada kat rumah dia... :D

Wkwkwk...

---

Teringat kembali saat-saat my first time birthday surprise.

Tak dapat nak gambarkan perasaannya sampai sekarang..

Hangat terbawa dek kenangan indah.

---

Flashback moment memang best..

Segala yang indah..

Segala suka duka..

Moga segala yang terukir menjadi wadah kenangan indah untuk diingati.

Moga segalanya tercatat sebagai amal kebaikan.

---

Coretan ini buatmu, sahabat.

*senyum*

Perjalanan cinta?

Perjalanan cinta?

Benarlah...
Cinta itu buta.
Yang hanya dapat dirasa.
Tanpa ada jisim yang terbentuk.
Tanpa ada sifat yang jelas terlihat.
Biarpun beribu kiasan terungkap.

-----

Cinta...
Menimbulkan pelbagai persoalan.
Yang bermain diminda setiap individu..
Fokus cinta ini...
Kepada manusia atau pencipta?

Siapakah selayaknya rasa cinta itu ditujukan?
Kiasan cinta yang bagaimana perlu dilafazkan?
Bagaimana menguruskan rasa kemanisan cinta?

-----

Rasa hati ini adalah rasa cinta...
Rasa cinta yang banyak tafsirannya.

Cinta kepada dunia dan isinya...
Yang dikejar manusia...
Pangat. Harta. Keturunan.
Tanpa noktah.
Tanpa sudah.

Cinta kepada mahluk...
Sedangkan mahluk datang dan pergi.
Bahkan mahluk akan mati.

Cinta kepada pencipta...
Yang merupakan cinta luar biasa.
Yang perlu dicintai lebih dari segalanya..

-----

Cinta...
Memberi ketenangan.
Terkadang mampu memabukkan.
Hingga jasad sang penyepi ini terbuai.
Kerana rasa hati ini terisi.
Dari rasa kemanisan yang tak tergambar.

-----

Terkadang...
Kita terleka dan teralpa..
Cinta kita tidak seimbang..
Tidak terurus dengan baik..
Leka dengan urusan cinta dunia.
Cintakan harta.
Cintakan manusia.
Terlebih nencintai mahluk...
Daripada cinta kepada pencipta cinta...

Adakah?
Ruang hati ini penuh dengan dunia?
Sedang dunia hanya sementara..

-----

Kita sering diperingatkan.
Dengan urusan dunia yang sementara.
Dan pentingnya alam akhirat yang kekal abadi.

Kerana itu juga Allah telah datangkan.
Orang² yang baik..
Sahabat² yang baik..

Yang saling mengasihi kerana Allah.
Yang saling mengingatkan kepada Allah.
Agar cinta itu terurus.
Kejalan yang benar dan diredhai.

-----

Mencintai Allah itu indah.
Janji² Allah itu pasti.

-----

Rasakan cinta-Nya dari dalam hati.
Lafazkanlah cinta buat-Nya dalam sujudmu..
Kau akan rasakan ketenangan..
Yang hanya pada-Nya kau akan peroleh.

-----

Sekadar coretan.

Hh

Via my wechat @ikonsyabab on 10mar2016

26 oct 2015

Perancangan Allah lebih baik.
Aturan Allah lebih sempurna.
Mungkin Allah nak datangkan sesuatu yang baik.
Allah nak kita belajar hikmah daripada apa yang kita akan tempuhi.

Saya percaya, besar hikmah Allah temukan saya dengan awak. Sahabat.

Ujian bukan datang dalam bentuk kesusahan dan kesakitan semata.
Keseronokan dan kesenangan kita sekarang pun ujian.

Cinta dan sayang kita pun ujian. Cewahh...

Allah tahu kita tabah.
Walaupun jauh sikit.
Tapi hati kita dekat.
Dekat dengan awak.
Dekat dengan Allah. Hu~~

Awak...
Ingat tak kali pertama kita jumpa?
Awak cakap... "Saya taknak jadi kawan awak. Saya nak jadi sahabat awak.

Awak pernah cakap jugak...

"Tolong ingatkan bila saya leka."

Hahha...
Saya pun perlukan sahabat untuk membimbing.
Sahabat untuk menasihati dan mengingatkan saya.
Saling melengkapi.

Dan Allah dah temukan dengan awak.
Nak buat macam mana...
Ceh. Ceh.. Ceh...

Saya ingat sangat.
Sebab itu motivasi saya.
Supaya saya kuat untuk terus muhasabah. Supaya saya ingat balik tujuan dan matlamat kita.

Saya nak tulis kat sini je.
Malu kalau cakap kat awak, nanti awak gelakkan saya, hana.
Hahha...

Saya sayang awak kerana Allah.

Kbyee...

"Bila² pun Allah akan uji ukhuwah ni. Kan hari² Allah beri ujian. Sabarlah sikit! Ukhuwah kitakan sampai syurga..."

26 oct 2015

Wednesday, 13 January 2016

Seminggu di Universiti


Orang lain semuanya sibuk pakat balik masa cuti mid sem haritu.

Aku?

Kah!

Walaupun Selangor dengan Perak ni dekat je..

Tapi siapa tak rindu nak balik rumah kan?

Aku fikir banyak assignment nak kena siapkan ni.

Hurm... dengan berlagaknya aku balik kampung dalam 5hari je. Kah!

Then aku lepak bilik kawan. Sebab tak ramai yang ada kat U masa tu...

....................................................................................................................................................

Benda paling best masa lepak bilik kawan adalah:

1. Habiskan makanan dia

2. Sembang. Sembang. Sembang.

3. Masak sama-sama (duit kena pandai jimat...)

4. Sepak dia bagi jatuh katil. Kah!

5. Sorok handphone dia

6. Berebut nak jadi makmum solat. Heish...

7. Masa mengaji ada yang semakkan.

8. Belajar dan kongsi banyak ilmu.

...........................................................................................................................................................

Ukhuwah itu timbang taranya bukan pada apa kita dapat dari sahabat . Tapi apa kita buat. Apa kita beri untuk sahabat.
Benar kata Rasul s.a.w. sebaik-baik sahabat adalah orang yang paling baik pada sahabatnya.

Sekali lagi.
Ukhuwah itu bukan pada "apa kita dapat"

.............................................................................................................................................................

Aku cuma berusaha jadi sahabat yang baik.
Aku tak sempurna. Dan takkan sempurna.
Terimalah aku seadanya. Sahabat...

Pssstttt.... Saya sayang awak kerana Allah.