Orang lain semuanya sibuk pakat balik masa cuti mid sem haritu.
Aku?
Kah!
Walaupun Selangor dengan Perak ni dekat je..
Tapi siapa tak rindu nak balik rumah kan?
Aku fikir banyak assignment nak kena siapkan ni.
Hurm... dengan berlagaknya aku balik kampung dalam 5hari je. Kah!
Then aku lepak bilik kawan. Sebab tak ramai yang ada kat U masa tu...
....................................................................................................................................................
Benda paling best masa lepak bilik kawan adalah:
1. Habiskan makanan dia
2. Sembang. Sembang. Sembang.
3. Masak sama-sama (duit kena pandai jimat...)
4. Sepak dia bagi jatuh katil. Kah!
5. Sorok handphone dia
6. Berebut nak jadi makmum solat. Heish...
7. Masa mengaji ada yang semakkan.
8. Belajar dan kongsi banyak ilmu.
...........................................................................................................................................................
Ukhuwah itu timbang taranya bukan pada apa kita dapat dari sahabat . Tapi apa kita buat. Apa kita beri untuk sahabat.
Benar kata Rasul s.a.w. sebaik-baik sahabat adalah orang yang paling baik pada sahabatnya.
Sekali lagi.
Ukhuwah itu bukan pada "apa kita dapat"
Ukhuwah itu bukan pada "apa kita dapat"
.............................................................................................................................................................
Aku cuma berusaha jadi sahabat yang baik.
Aku tak sempurna. Dan takkan sempurna.
Terimalah aku seadanya. Sahabat...
Pssstttt.... Saya sayang awak kerana Allah.
From : Hidayah Hasanuddin
No comments:
Post a Comment