Salafiyyah | Books Lovers | Always Prioritize Our Tawheed and Akhirah Manners | All post are for my personal reminder
Sunday, 27 March 2016
Flashback sem 1
Duhai hati...
Tahukah dikau...
Mengapa dikau diciptakan?
Disulami cinta yang kau terbitkan dilubukmu...
Serapuh dan senipis kulit bawang...
Lemah...
Kau bukan untuk dimiliki sesuka hati...
Kau hak milik pencipta abadi..
Kau dipenuhi dengan cinta insan-insan istimewa..
Kau bakal dimilik oleh seseorang...
Insan yang akan sentiasa mendampingimu
Hingga ke syurga...
Yang halal buatmu...
Jangan kau lemah dengan godaan dunia...
Jangan kau lelah dengan ujian yang sementara...
Tabahkan dirimu duhai hati...
Andai itu akan menguatkanmu...
Itu bukan tanda kau lemah...
Carilah kekuatanmu...
Pelangi nan indah kan tiba...
Setelah hujan reda...
Bersabarlah...
Bertabahlah...
Maaf kerana sering melukaimu...
Perit yang kau rasa menyerang seluruh tubuhku...
Aku lemah tatkala dikau lemah...
Kau kuatkanlah dirimu...
Berhentilah berharap kepada manusia...
Kembalikan cintamu kepada pemiliknya...
Raih cinta-Nya...
Ketenangan...
Yang selama ini kau tercari-cari...
Carilah ketenangan dan kedamaianmu...
Yang hanya pada-Nya kau temui...
Mengadulah segala bahagia lukamu...
Pada-Nya...
Perbanyakkanlah berdoa...
Moga kau sentiasa tabah...
Mengharungi onak duri yang kian tajam menusuk...
Biarpun telah acapkali kau dihiris-hiris...
Biarpun sering darah amarahku mengalir mendidih...
Menahan perit luka yang tersisa...
Belajarlah dari pengalaman yang kau lalui...
Perbaiki salah dan kurang yang kau lakukan...
Manusia seringkali menghukummu...
Sedang mereka tidak tahu...
Keperitan dan susah payahmu...
Keikhlasan dan ketulusanmu...
Mendiamkan segala kebenaran...
Segalanya hanya pahit yang tersisa...
Seringkali kau mendamba saat-saat kemanisan bahagia...
Namun tidaklah suatu ujian itu menimpa...
Jika kita tidak berkudrat melaluinya...
Duhai sekeping hati kecil...
Sebelum selayaknya dia hadir menghunus cintanya...
Yang belum pasti kau yang ingin dimilikinya...
Hidayah Hasanuddin
Thursday, 24 March 2016
Sem 3 is coming soon
Sem 3 is around the corner.
Pejam celik.
Pejam celik.
Sedar-sedar je dah nak masuk sem 3.
Alhamdulillah... tamat sudah sem 2 yang lalu dengan jayanya..
Sayangnya..
Result belum keluar..
Debaran demi debaran kian terasa.
Moga senyuman kejayaan terukir.
Seperti mendapat bunga daripada si dia.
Eh..
---
Maka, bakal bermulanya sebuah kehidupan yang mendebarkan.. di universiti..
Cabaran.
Rintangan.
Risiko.
Kesakitan.
Kesedihan.
Gembira.
Gelak tawa.
Kenangan.
Suka duka.
Senyuman.
Tangisan.
Semua terpatri diminda.
Tiada butang untuk di delete.
Bahkan tersimpan rapi di kotak kenangan.
---
Teringat moment tertinggal kad matrik dan sangup pinjam motor kawan semata-mata nak patah balik kolej dan ambil kad matrik.
Yang bawa motor mestilah si dia yang tercinta.
Kalau di tanya tentang speed kelajuannya.. hurmm.. sangat menyeronokkan!
Hahha..
---
Saat-saat berperang dengan buku masa nak final exam.
Hurm.. agak last minute.
Sebab kami tiada study week masa sem 2.
Agak kelam kabut..
Barulah nak buat nota.
Nak print nota.
Nak salin nota kawan.
Hahha...
Ish...
Inilah alasan...
Dengan nak cari rumah sewa lagi sebab tak dapat duduk kolej.
Huhhu...
Alhamdulillah.. Allah mudahkan segalanya.
Pada awalnya kami dapat rumah yang dah cukup bagus. Depan PT.
Sayangnya.. tak jadi ambil rumah tu sebab tuan rumah dah bagi orang lain.
Rumah kedua pun terjadi benda yang sama.
Agak mengecewakan..
Tapi, yang terbaik biasanya datang lewat.
Eh, hahha.. tidak semua mesti begitu..
Rumah yang kami dapat sekarang cukup selesa.
Walaupun agak jauh tapi syukur dah ada rumah daripada tiada.
Dan, bakal bermulalah rencah kehidupan di rumah baru kita.
Eh, kita?
---
For me,
The best moment ever bila dapat sentiasa berada di sisi sahabat tercinta.
Dekat dengannya membuatkan kita dekat dengan pencipta.
Mencipta kenangan indah dengannya.
Best sangat, dapat lepak bilik sahabat.
Habiskan masa dengan dia.
Sembang-sembang ilmu perniagaan.
Bersama mentarbiyah diri.
Dan... paling best sekali...
Habiskan segala makanan yang ada kat rumah dia... :D
Wkwkwk...
---
Teringat kembali saat-saat my first time birthday surprise.
Tak dapat nak gambarkan perasaannya sampai sekarang..
Hangat terbawa dek kenangan indah.
---
Flashback moment memang best..
Segala yang indah..
Segala suka duka..
Moga segala yang terukir menjadi wadah kenangan indah untuk diingati.
Moga segalanya tercatat sebagai amal kebaikan.
---
Coretan ini buatmu, sahabat.
*senyum*
Perjalanan cinta?
Perjalanan cinta?
Benarlah...
Cinta itu buta.
Yang hanya dapat dirasa.
Tanpa ada jisim yang terbentuk.
Tanpa ada sifat yang jelas terlihat.
Biarpun beribu kiasan terungkap.
-----
Cinta...
Menimbulkan pelbagai persoalan.
Yang bermain diminda setiap individu..
Fokus cinta ini...
Kepada manusia atau pencipta?
Siapakah selayaknya rasa cinta itu ditujukan?
Kiasan cinta yang bagaimana perlu dilafazkan?
Bagaimana menguruskan rasa kemanisan cinta?
-----
Rasa hati ini adalah rasa cinta...
Rasa cinta yang banyak tafsirannya.
Cinta kepada dunia dan isinya...
Yang dikejar manusia...
Pangat. Harta. Keturunan.
Tanpa noktah.
Tanpa sudah.
Cinta kepada mahluk...
Sedangkan mahluk datang dan pergi.
Bahkan mahluk akan mati.
Cinta kepada pencipta...
Yang merupakan cinta luar biasa.
Yang perlu dicintai lebih dari segalanya..
-----
Cinta...
Memberi ketenangan.
Terkadang mampu memabukkan.
Hingga jasad sang penyepi ini terbuai.
Kerana rasa hati ini terisi.
Dari rasa kemanisan yang tak tergambar.
-----
Terkadang...
Kita terleka dan teralpa..
Cinta kita tidak seimbang..
Tidak terurus dengan baik..
Leka dengan urusan cinta dunia.
Cintakan harta.
Cintakan manusia.
Terlebih nencintai mahluk...
Daripada cinta kepada pencipta cinta...
Adakah?
Ruang hati ini penuh dengan dunia?
Sedang dunia hanya sementara..
-----
Kita sering diperingatkan.
Dengan urusan dunia yang sementara.
Dan pentingnya alam akhirat yang kekal abadi.
Kerana itu juga Allah telah datangkan.
Orang² yang baik..
Sahabat² yang baik..
Yang saling mengasihi kerana Allah.
Yang saling mengingatkan kepada Allah.
Agar cinta itu terurus.
Kejalan yang benar dan diredhai.
-----
Mencintai Allah itu indah.
Janji² Allah itu pasti.
-----
Rasakan cinta-Nya dari dalam hati.
Lafazkanlah cinta buat-Nya dalam sujudmu..
Kau akan rasakan ketenangan..
Yang hanya pada-Nya kau akan peroleh.
-----
Sekadar coretan.
Hh
Via my wechat @ikonsyabab on 10mar2016
26 oct 2015
Perancangan Allah lebih baik.
Aturan Allah lebih sempurna.
Mungkin Allah nak datangkan sesuatu yang baik.
Allah nak kita belajar hikmah daripada apa yang kita akan tempuhi.
Saya percaya, besar hikmah Allah temukan saya dengan awak. Sahabat.
Ujian bukan datang dalam bentuk kesusahan dan kesakitan semata.
Keseronokan dan kesenangan kita sekarang pun ujian.
Cinta dan sayang kita pun ujian. Cewahh...
Allah tahu kita tabah.
Walaupun jauh sikit.
Tapi hati kita dekat.
Dekat dengan awak.
Dekat dengan Allah. Hu~~
Awak...
Ingat tak kali pertama kita jumpa?
Awak cakap... "Saya taknak jadi kawan awak. Saya nak jadi sahabat awak.
Awak pernah cakap jugak...
"Tolong ingatkan bila saya leka."
Hahha...
Saya pun perlukan sahabat untuk membimbing.
Sahabat untuk menasihati dan mengingatkan saya.
Saling melengkapi.
Dan Allah dah temukan dengan awak.
Nak buat macam mana...
Ceh. Ceh.. Ceh...
Saya ingat sangat.
Sebab itu motivasi saya.
Supaya saya kuat untuk terus muhasabah. Supaya saya ingat balik tujuan dan matlamat kita.
Saya nak tulis kat sini je.
Malu kalau cakap kat awak, nanti awak gelakkan saya, hana.
Hahha...
Saya sayang awak kerana Allah.
Kbyee...
"Bila² pun Allah akan uji ukhuwah ni. Kan hari² Allah beri ujian. Sabarlah sikit! Ukhuwah kitakan sampai syurga..."
26 oct 2015