Selalu rasa nak menaip.. hahha..
Nafsu apakah ini? Hohho...
Coretan ini didedikasikan khas buat dirimu..
Sahabat...
Yang sedang beradu disisiku..
Yang selalu buatku terindu-rindu..
Yang selalu menceriakan hari-hariku..
Thanks...
For everything...
........................................
Awak..
Hadirku hanya sekejap..
Terlalu sekejap..
Hadirku sebagai pinjaman..
Yang akan dituntut 'pulang'...
Hadirku untuk melakarkanmu..
Warna-warna bahagia..
Agar penuh dengan lakaran bunga-bunga syurga..
Hadirku...
Untuk menyempurnakanmu..
Perbaiki salahmu..
Dan kau perbetulkan silapku..
Awak..
Terima kasih menghargai diri ini..
Terima kasih menerima diri ini..
Terima kasih mendampingi diri ini..
Diri yang tak sempurna..
Diri yang banyak cela..
Bahkan penuh dengan noda dosa..
Saya...
Rindu awak yang selalu tenang..
Saya berharap selalu dapat jadi setenang awak..
Saya...
Bahagia dengan ketegasan awak..
Moga saya terdidik menjadi tegas dan tabah seperti awak..
Saya...
Selalu inginkan sepenuh kebaikan buat awak...
Bahkan 'jaminan' kebahagiaan untuk awak..
Supaya awak sentiasa 'terjaga' dalam reda-Nya...
Saya...
Hanya mampu mendoakan..
Hanya mampu menyerahkan 'pengharapan' dari-Nya...
Agar dirimu sentiasa peroleh kebaikan...
Saya...
Rindu suasana jemaah...
Saat kau berada disisi...
Menadah tangan memohon keampunan dan kebaikan...
Rindunya... tenangnya...
Terima kasih kerana menggenggam erat tangan ini...
Tangan yang akan bersama menggapai firdausi...
Berjalan di taman-taman syurga..
Berbahagia mendengar bunyi air sungai yang mengalir..
Cukup mendamaikan...
Cukup menenangkan...
Kasih yang tercipta ini...
Membawa ke syurga...
Duhai sahabatku...
............................................
Ikhlas dariku...
Yang benar-benar kasih kerana pencipta...
Hidayah Hasanuddin