Lama tau aku tak jenguk blog ni, terlupa ada blog yang dulunya tempat aku membebel.
Ok hari ni aku rajin sikit walaupun masih banyak task dan goal nak buat.
Aku nak tulis sikit mengenai MuAds ni. Serious tak panjang pun.
Aku tak pernah sangka akan jadi a part of MuAdsrian. Nak masuk MuAds bukan senang, kena IV dulu. Entah apa aku cakap masa IV tu tiberr dapat haha. Rezeki tuu.
Aku mula sebagai Exco Informasi dan Penerbitan (InFope) masa sesi 2019/2020 dan duduk dalam MT Majlis Tertinggi untuk sesi 2020/2021 ni.
So, MuAds stand for Muamalat Administration, kelab kos aku sendiri kat UUM. Sebab aku amik Bachelor of Muamalat Administration Universiti Utara Malaysia.
Aku asalnya cuma exco biasa je, masuk kelab lebih kepada nak asah skill dan bagi manfaat dekat kelab kos sendiri.Aku pun tak dikenali pun walaupun dikalangan exco sendiri HAHA lawak kan.
Actually aku tak kisah dan tak nak pun dikenal. Taknak pun perform sangat. Aku pun tak pernah terfikir nak jawatan tinggi-tinggi. Aku pun tak mintak. Sebab aku naik MT ni pun dilantik, aku dah istikharah supaya ini yang terbaik, bila aku pegang jawatan ni aku akan jadi seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Aku sentiasa tajdid niat aku kenapa aku disini.
Ada jawatan ni tak mudah sebab banyak tanggungjawab dan kena fikir banyak benda. Aku belajar banyak benda, belajar macam mana cara berorganisasi, pengurusan program, memberi arahan kepada anak buah, teamwork etc.
Kebanyakkan exco termasuk MT sendiri semua umur bawah aku, betapa 'muda' nya usia aku masa ni.. Memang aku anggap diaorang adik-adik je. Mean, kena di didik, di pantau, di ajar, gitulahh
Aku pulak jenis kakak-kakak dan garang gituu
Cuma aku redha lah jadi TP ni memang kadang dibenci. Kita bukan garang atau tegas sangat, aku pun ada masa berlembut dan berhemat jugak bila nasihat atau inform sesuatu.
Aku cerewet sikit part design poster program, part kertas kerja program, susunan pengaturan program dan dan dann. Bukan lah nak perfect tapi aku tunjuk ajar mana yang kurang, mana yang perlu.. Nak belajar dan improve kan? Meh aku tunjuk.
Nak habis dah setahun kontrak dalam MuAds, by-bye semua, mohon manfaatkan ilmu yang sis curahkan.. Akan aku kenang tempat aku menimba ilmu dan pengalaman disni.
Cadang nak buat E-Card untuk ahli kelab, sorry sis tak sempat, harap kepimpinan akan datang boleh teruskan legacy ni.
Backdrop program yang paling lawa aku pernah design. Oklah walaupun ada tools yang aku cuma amik dari template tapi cantik dan sesuai dengan MuAds. :)
Semoga, apa yang aku curahkan dekat program kelab boleh beri manfaat dekat kawan-kawan kos aku. At the same time aku pun dapat improve soft skill aku dan leadership aku.
Ya, aku tak tulis panjang, nanti aku cari mood balik.
Terima Kasih MuAds
Ikhlas,
Nur Hidayah Hasanuddin
Timbalan President Kelab Pentadbiran Muamalat, MuAds Sesi 2020/2021