Hidayah, jangan terlalu mengejar apa yang bukan milik kita..
Hargai apa yang depan mata yang Allah dah rezekikan..
Syukur ada mini Business,
Syukur masih ada ibu ayah,
Syukur ada adik-beradik,
Syukur ada sahabat yang mengingatkan kebaikan,
Syukur ada kenalan-kenalan yang ikhlas menjadi teman,
Syukur dapat intern as finance department,
Syukur masih ada rezeki nak dalami ilmu salaf,
Syukur masih ada peluang tambah amalan,
Syukur masih boleh tambah ilmu,
Syukur masih ada perjalanan kehidupan untuk aku perbaiki,
Teruntuk diri aku,
Jadilah peribadi yang lebih baik yang Allah suka
Jadilah peribadi yang santun dan berwibawa
Jadilah diri sendiri yang penuh kelembutan dan hemah
Jadilah peribadi yang teguh berpegang pada agama
Terkadang banyak aku nak coretkan
Bagai sebuah diari yang membentang pelbagai coretan pahit manis
Namun, tak semua perkara kita boleh cerita,
Ada masa, biarlah apa-apa sahaja menjadi rahsia
Aku coretkan sesuatu disini untuk aku kenang
Dan menjadi sebuah medan muhasabah untuk aku meluah
Rindu rasanya nak menulis, berpuitis dan mencoret
Biar ini sekadar menjadi catatan mini tentang aku :)
No comments:
Post a Comment