Teruntuk sesiapa sahaja yang pernah hadir dan pergi dari hidup ini,
Terima kasih untuk sebuah pertemuan yang indah.
Mengajarkan seribu bahagia dan luka yang sekejap cuma.
Pernah meniti sebuah kisah yang kita cuba cipta bersama.
Ternyata tak semua pertemuan itu menyatukan.
Bahkan banyak pengajaran dan teladan yang diperoleh.
Banyak coretan dan kenangan yang sempat ternukilkan
Semoga apa sahaja yang datang dan pergi sentiasa terbaik untuk aku.
No comments:
Post a Comment