Manhaj Salaf Is My Way

Wednesday, 3 October 2018

Melukis melalui Picsart

Dari dulu belajar photoshop tak habis-habis.

Lepastu rasa teringin nak lukis-lukis tapi guna handphone la pulak...

Kalau malas dan beralasan memang takde hasil la jawabnya...

Demi kesungguhan dan semagat, aku gagahkan jua belajar...

Masa first time guna Picsart ni pun belajar dari Twitter, Thanks hakak twitter yang aku pun dah lupa namanya.. So, aku tulis balik kat sini sebagai catatan untuk diri aku... Dan pembaca yang nak belajar benda basic ni, eh, ada ke yang baca ni?

Ini pun jenis lukis dengan tekap gambar, kalau nak lukis sendiri tu perlukan masa lebih pulak satgi.. Hahha...

********************

1. Pastikan dah download Apps PiscArt ni. Kalau tak macam mana nak lukis kan. Ok tak lawak dayah...

********************

2. Tekan dekat bahagian simbol TAMBAH (+) ni...

********************

3. Pilih bahagian CREATE NEW, maksudnya kita nak create satu Canvas yang baru untuk bahagian melukis... Pilih saiz canvas yang kita nak, saya biasa ambik saiz segi empat senang nak upload dekat instagram.

********************


4. Untuk bahagian PICK DRAWING, sama jugak nanti kita cuma pilih saiz Canvas yang kita nak... Kalau dah ambik dari CREATE NEW takperlu pergi bahagian ni...

********************

5. Nanti kita akan masuk ke bahagian ni. Lepastu tekan bahagian hujung kanan bawah (bahagian LAYER)

Ada 2 jenis layer disediakan. Satu bahagian Background. Satu lagi bahagian Transparent.

********************

6. Nak UPLOAD gambar untuk kita tekap, klik bahagian PICTURE

********************

7. Tekan bahagian PHOTO dan pilih gambar yang mana kita nak


Lepas pilih gambar boleh crop dan adjust gambar tadi ikut saiz yang kita nak

********************

8. Klik gambar ADD LAYER tu untuk tambah satu layer baru

********************

9. Tambah lagi satu LAYER, disebabkan kita nak melukis, tekan bahagian EMPTY LAYER

10. Tekan bahagian pensil ni untuk mulakan melukis. READY...

********************

11. Boleh pilih jenis BRUSH dan warna yang macam mana kita nak.

********************

12. Ok, serlahkan bakat seni anda sekarang, tekap je... Mudah kan?

********************

13. Taraaa... Nanti ia akan jadi macam ni dekat bahagian EMPTY LAYER yang kita tambah tadi

********************

14. Bila kita tekan button HIDE dekat tepi gambar tu, kita akan dapat hasil yang macam ni...

********************

15. Ok, jom kita mula mewarna... Step yang sama, tambah EMPTY LAYER yang baru untuk warnakan satu bahagian warna. Jadi warna tu takkan bercampur.

********************

16. Pastikan layer asal lukisan kita tadi kita letak atas sekali, lepas siap warna, padam kesan-kesan comot dan benda yang tak berkaitan... Bahagian pemadam kat tepi pensil tu je... HEHHE

********************

17. Ok, dah siap warna!
18. Untuk bahagian BACKGROUND, boleh klik dekat LAYER tersebut dan pilih warna yang kita nak...

********************

19. Okey, dah siap pun dan inilah hasilnya...

********************

By Hidayah Hasanuddin

Mudahkan? Selamat mencuba...

No comments: